“Syukur Dia Kini Menjaga Solat” Ustaz Ebit Lew Kongsi Pertemuan Dengan Aliff Aziz Di Singapura

SELEPAS berdepan kntr0versi cvrang sehingga menyebabkan rumah tangganya dengan Bella Astillah mvsnah, penyanyi Aliff Aziz mula mendekatkan diri kepada Allah.

Perkara itu dikongsikan oleh pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew yang bertemu dan mendengar luahan aktor itu di Singapura pada pagi Jumaat.

Menurut Ebit, Aliff dilihat sudah menyesali perbuatannya dan kini mula menjaga ibadah solat dan menghafal Al-Quran.

“Sebak tadi! Semalam dari Ipoh terus ke Singapura, malam ni (Jumaat) ceramah di Pasir Gudang, terus dapat mesej team #DoorToDoorEbitLew untuk ziarah dakwah Aliff Aziz. Terus ke rumahnya.

“Niat kerana Allah sahaja. Berdoa supaya Allah terima jadi asbab kebaikan dan hidayah. Panjang lebar kami berbual tadi.

 

View this post on Instagram

 

Sebak tadi. Semalam dari Tapah Ipoh terus ke Singapore malam ni ceramah di Masjid Politeknik Pasir Gudang. Terus dapat mesej team #doorToDoorEbitlew untuk ziarah dakwah Aliff Aziz. Terus ke rumahnya. Niat kerana Allah sahaja. Berdoa supaya Allah terima jadi asbab kebaikan dan hidayah. Panjang lebar kami berbual tadi. Saya tanya jika hari ini hari terakhir. Tiada esok. Tiada lusa. Apa nak cakap pada yang disayangi dan anak yang sangat cute. Beliau terus menangis teresak-esak. Menahan sebak. Saya jadi sebak. . Syukur dengar beliau kini sangat jaga solat. Mula hafal Al-Quran. Neneknya dan atuknya orang sangat baik. Begitu juga mak ayahnya baik semuanya. Tadi banyak soalan agama darinya. Setiap manusia diuji Allah. Setelah ujian adakah kita semakin dekat dengan Allah? Saya doakan Aliff Aziz istiqamah yer kerana Allah dan persiapan akhirat. Beliau diuji. Saya dan kita semua juga diuji Allah..-ebitlew #doortodoorebitlew #astroAosis . Boleh tengok full video dakwah dan perbualan di youtube ebitlew. Klik link di bio #subscribeYouTubeEbitLew #fullvideo www.keluargasunnah.com #jomDaftarkeluargasunnah #tourNegeriOktober2019

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on Jul 11, 2019 at 11:17pm PDT

Ebit Lew menulis kapsyen pertemuan mereka di Instagram.

“Syukur dengar dia kini sangat jaga solat. Mula hafal Al-Quran. Neneknya dan datuknya orang sangat baik. Begitu juga mak ayahnya baik semuanya. Setiap manusia diuji Allah,” tulisnya di laman Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, Ebit turut berkongsi rakaman pendek pertemuan mereka.

Dalam video tersebut kelihatan Aliff tidak mampu menahan s3bak dan men1tiskan air mata ketika berkongsi luahan hati mengenai hidupnya.

Ebit berkata Aliff menangis apabila ditanya mengenai peluang yang akan dilakukan jika hari ini merupakan hari terakhir hidupnya.

Tinggal kenangan… Aliff dan Bella berc3rai pada 16 Mei lalu.

“Saya tanya jika hari ini hari terakhir. Tiada esok. Tiada lusa. Apa nak cakap pada yang disayangi dan anak yang sangat cute. Beliau terus menangis teresak-esak. Menahan s3bak. Saya jadi sebak.

“Setiap manusia diuji Allah. Setelah ujian adakah kita semakin dekat dengan Allah? Saya doakan Aliff Aziz istiqamah ya kerana Allah dan persiapan akhirat. Beliau diuji. Saya dan kita semua juga diuji Allah,” ujarnya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Youtube Ebit Lew itu, Aliff memohon maaf kepada anaknya iaitu Mohamad Ayden Adrean, 2, kerana gagal menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang bapa.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada Ayden kerana ketika dia masih kecil seperti sekarang, saya sebagai seorang ayah sepatutnya boleh melakukan pelbagai perkara yang lebih baik.

“Sebagai ayah, saya sendiri pun tak mahu dia lakukan benda tidak baik, yang saya pernah lakukan sebelum ini.

“Sepanjang perkahwinan kami, banyak perkara saya boleh lakukan dengan lebih baik berbanding apa yang berlaku dan saya doakan Bella supaya terus berjaya dan mendapat kebahagiaan sepatutnya,” kata Aliff.

Nama Aliff Aziz menjadi sebutan hangat netizen apabila dia sering dikaitkan dengan isu curang selepas beberapa kali kantoi dengan wanita lain.

Gara-gara isu curang yang tidak berkesudahan itu, Aliff dan Bella Astillah akhirnya bercerai pada 16 Mei lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di KLMENJERIT.GA

Sumber: Instagram ebitlew