“Anak Gigit Bahu Zarina Zainuddin ” Ramai Artis Hiba

Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Keistimewaan dan kelemahan seseorang anak itu pasti diterima secara terbuka dan reda oleh seorang ibu.

Terbaharu, tular dalam media sosial apabila anak pelakon Zarina Zainuddin ‘m3ng4muk’ sehingga mengg1git kepala dan bahu Zarina.

Zarina berkongsi luahannya dalam bentuk video menerusi entri Instagram miliknya apabila anak kembar autisme Muhammad Razil Azrai, 23, atau Azil bertindak agak k4sar kepadanya.

“Hari ini saya bawa Azil makan lepas tu ke kilang. Balik dari kilang saya terus bawa Azil ke kedai gunting rambut tapi Azil meng4muk ajak pergi 7 Eleven.

“Saya tak nak, suami pun cakap jangan ikut karenah Azil ni tapi dia terus berlari ke 7 Eleven Subang Jaya.

“Terjadi pergelutan apabila saya hanya ambil satu surat khabar, Azil serang saya, gigit kepala dan bahu saya. Saya cuba tenteramkan dia, pegang muka dia, tapi dia gigit tangan saya,” tulis Zarina yang akhirnya keluar dari 7 Eleven dan terus ke kereta.

Mujurnya Azil turut menaiki kereta tersebut ketika enjin dihidupkan.

Luahan yang memperlihatkan ketabahan Zarina menjaga anak avtisme ini mendapat reaksi daripada ramai artis popular.

 

View this post on Instagram

 

hari ini saya bawak azil makan lepas tu ke kilang balik dari kilang saya terua bawak azil gunting rambut..tapi dlm kedai gunting rambut azil mengamuk ajak pergi 7’eleven.. saya taknak suami pun cakap jangan ikutkan kerenah azil ni..tapi dia terus berlari ke 7’eleven ss15 subang jaya.. terjadi pergelutan bika saya hanya izinkan 1 surat khabar diambil azil serang saya gigit kepala dan bahu saya..saya cuba tenteramkan dia saya pegang muka dia dia gigit tangan saya..dia tetap nak ambil banyak2 surat khabar disitu..dia mengamuk saya terus keluar dari 7’elevent ingat dia ikut dia tunggu sampailah dia sedar saya start engine kereta dia terus ke kereta dgn surat khabar saya tak buka pintu kereta suruh dia letak balik surat khabar tu..kereta saya jalan perlahsn azil brrlari ke kedai pulang kan suratkhabar semula baru saya buka pintu kereta..😢😢😢

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on Jul 13, 2019 at 12:52am PDT

Rata-ratanya sebak melihat video tersebut, dalam masa yang sama kagum dengan ketabahan Zarina.


Zarina bersama anak kembar Avtisme, Azil. Ketabahan Zarina menangani tindakan Azil memberi inspirasi kepada ramai ibu di luar sana

“Mengalir air mata melihat kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu. Moga syurga tempatmu Kak Ina.” – Erra Fazira

“Kakak, kami sekeluarga tersentuh menonton video ini. Sebagai ibu, menonton video ini, Nad kagum, tabah betul kakak. Tinggi sungguh kesabaran kakak.” – Nad Zainal

“Stay strong kak. Semoga diberikan kekuatan dan kesabaran.” – Sherry Ibrahim

“Semoga akak tabah.” – Zoey Rahman

“SubhanaAllah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Allah kurniakan ganjaran yang hebat di akhirat kelak buat Ina, dengan berkat kesabaran menempuhi ujian seperti ini. Amin.” – Juliza Adzlizan

Selain Azil, Zarina mempunyai seorang lagi anak kembar autisme Raizal Azrai atau Azal, 23.

SUMBER: MHE TV