Sang Belang Muncul Di Kampung, Pakcik Ni Siap Berguling Guling Depan Dia

Viral di media sosial klip video yang menunjukkan seekor h4rimau muncul di kawasan kediaman penduduk Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun, Terengganu, hari ini.

Menurut penduduk, mereka terserempak dengan haiwan itu di jalan raya sekitar jam 10 pagi dan ini merupakan kejadian pertama kali berlaku di kampung itu.

H4rimau yang sama itu turut muncul berhampiran rumah seorang wanita yang terdengar bunyi haiwan itu mengaum, lalu melarikan diri ke rumah jiran kerana bimbang dis3r4ng.

Bagaimanapun, haiwan itu kelihatan jinak dan tidak lari apabila didekati penduduk kampung yang mahu mengambil gambarnya.

Aduan telah dbuat pada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan PERHILITAN Terengganu untuk menngkap haiwan liar itu segera.

Menurut sinar harian. Seekor h4rimau belang yang dipercayai sesat dari hutan muncul dan berkeliaran di sekitar kawasan halaman rumah penduduk dan kawasan jalan raya di Bukit Besi, di sini, hari ini.

Kehadiran raja rimba itu itu sempat dirakam penduduk dan pengguna jalan raya sebelum rakaman video dan gambar kejadian itu tular di media sosial.Dalam rakaman video berdurasi 1 minit 25 saat itu, h4rimau belang berkenaan merayau-rayau di kawasan jalan raya.Menjadi persoalan penduduk di situ apabila si pak belang ini tidak terkejut atau bertindak agresif ketika hon dibunyikan.

Sinar Harian mendapatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu bagi mendapatkan penjelasan mengenai haiwan liar ini yang ‘gelagatnya’ menakutkan penduduk setempat.Pengarahnya, Dr Abdul Malik Mohd Yusuf berkata, pihaknya ada menerima aduan berhubung kejadian itu daripada penduduk kampung pada jam 11.30 pagi tadi.”Kakitangan Perhilitan segera dikerah ke lokasi kejadian untuk melakukan usaha menangkap haiwan liar itu sejurus menerima aduan mengenainya.”H4rimau itu tidak lari ketika didekati kenderaan, tetapi kita masih tidak dapat pastikan sama ada ia jinak atau tidak,” katanya.

Abdul Malik berkata, berkata, buat masa ini Perhilitan sedang lakukan usaha untuk menangkap harimau belang terbabit.”Setakat ini juga belum dapat mengenal pasti dari mana harimau belang itu datang.”Kita juga sedang lakukan siasatan untuk mengetahui dari kawasan mana harimau belang itu datang,” katanya.

 

Sumber: thereporter / sinar harian.