“Kalau Tak Nak Tunjuk Muka Baik Tak Payah Post”Tak Kongsi Wajah Anak, Netizen Pertikai Hafiz Mahamad Dan Syafiqah Aina

Personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina telah memuat naik sekeping foto anak perempuan mereka, Raisya Arisa di akaun Instagram.

Foto tersebut menunjukkan Raisya sedang meniarap namun tidak dikongsi wajahnya dan ditutup menggunakan ‘sticker’.

Namun foto tersebut menjadi perhatian seorang netizen yang menggunakan nama @ziyadiskandar.

“Kalau tak nak tunjuk muka baik tak payah post langsung, diam je 44 hari baru up balik. Ni tak,” tulis netizen tersebut.

Aina tidak berdiam diri malah terus menjawab.

“Tak payah tengok pun tak apa, diam je 44 haru ini. Ni tak,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Aina turut tidak berpuas hati dengan individu tersebut kerana sanggup membuka akaun palsu semata-mata untuk meninggalkan komen kesat.

Walhal, pasangan yang viral menerusi pelbagai kisah cinta romantis ini sudah menyatakan akan berkongsi foto anak mereka selepas Aina selesai berpantang.

Aina berkahwin dengan Hafiz Mahamad pada 24 November 2017 dan menerima kehadiran permata hati pertama pada 24 Jun lalu.

Sumber:Instagram Raisya Arisa