BTS Catat Rekod Artis Antarabangsa Pertama Buat Konsert Di Stadium King Fadh, Arab Saudi

BTS Catat Rekod Artis Antarabangsa Pertama Buat Konsert Di Stadium King Fadh, Arab Saudi

Kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS mncatatkan sejarah tersendiri selepas mengumumkan konsert jelajah 2019 ‘Love Yourself: Speak Yourself bakal diadakan di Riyadh, Arab Saudi.

Berita tersebut ternyata menggemparkan peminat mereka diseluruh dunia kerana BTS bakal menjadi selebriti antarabangsa pertama yang membuat konsert di Stadium Antarabangsa Raja Fahd, Riyadh, Arab Saudi pada 11 Oktober depan.

Dengan pengumuman itu, Arab Saudi merupakan destinasi antarabangsa terakhir yang tersenarai dalam siri jelajah dunia 2019 ‘Love Yourself: Speak Yourself selepas Amerika Syarikat, Brazil, England, Perancis dan Jepun.

Sebelum ini, BTS yang dianggotai oleh Jin, RM, SUGA, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook melakar sejarah apabila diundang sebagai penyampai trofi di majli anugerah muzik popular dunia, Grammy Awards awal tahun ini.

Selain BTS, kumpulan K-Pop Super Junior dan Stray Kids juga baru sahaja mengadakan konsert di Jeddah pada Ahad.

Sumber:Gempak