Senarai Adik-Beradik ‘Rich Dan Famous’ Di Malaysia

Sebut sahaja nama Zaida, Zaira dan Zaireen Ibrahim, sudah tentu ramai kelompok sosialit kota mengenali mereka. Tiga adik beradik ini sangat dikenali dengan gaya fesyen yang minimalis namun masih memercikkan aura kemewahan pada diri mereka.

Selain itu, tiga wanita ini turut berteman rapat dengan usahawan Yiulin, Nina Ismail Sabri dan beberapa sosialit lain.

Selebriti popular, Neelofa sangat terkenal dengan usaha kerasnya membina kejayaan dalam empayar perniagaan, begitu juga dengan adik- beradiknya.

Antara adik-beradiknya yang dikenali ramai adalah Noor Nabila, Athisha dan Ameera Khan. Nabila merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat jenama tudung Naelofar Hijab atau NH Prima International Sdn. Bhd.

Athisha merupakan seorang Youtuber manakala Ameera mengusahakan jenama kosmetiknya sendiri iaitu LMK Cosmetics.

Adik-beradik Norhaili dan Norazlin Mokhtar merupakan dua wanita yang sangat berjaya dalam perniagaan. Norhaili atau Elly merupakan presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Ebwarriors manakala Norazlin atau mesra disapa Oya adalah pengasas perusahaan Champion Supremacy.

Akhir sekali, meskipun sudah berusia, namun Tom, Magie, Habsah dan Mariam Saufi harus berada dalam senarai ini. Mereka sangat dikenali dalam kelompok sosialit di Kuala Lumpur sejak sekian lama.

Siapa sahaja yang tidak tahu jenama Tom Abang Saufi yang dipopularkan mereka. Citarasa adik beradik ini dalam berpakaian tidak boleh disangkal, mereka sentiasa kelihatan elegan dan ensentrik.

Antara teman rapat mereka adalah Ezurin Khyra, Datin Raha Aboo, penyanyi Camelia dan ramai lagi.

Demikianlah lima adik beradik terkenal di Malaysia yang dipilih secara rawak oleh Gempak.

Imej kejayaan dan pesona diri mereka mampu memberi inspirasi kepada kita semua, akhir kata, they are definitely the siblings of rich & famous!

Sumber:Gempak