“Hilang Sekejap Segala Penat Lelah”-Eizlan Yusof Terima Anugerah Di Korea

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, telah menerima anugerah Asian Most Promising Actor Award di Festival Filem Art Chunsa ke-24 (24th Chunsa Film Art Awards) di Seoul, Korea Selatan semalam.

Eizlan atau nama sebenarnya, Idris Md Yusof, bersyukur dengan pengiktirafan tersebut kerana penat lelah serta pengorbanannya selama ini sebagai anak seni akhirnya terbalas.

“Syukur to Allah… rasa hilang sekejap segala penat lelah dan peng0rbanan sebagai #Penggiat Seni Kreatif selama ini. Terima kasih kepada semua yg sentiasa support dan mendoakan saya selama ini, ”katanya.

Eizlan berkongsi perasaannya di akaun Instagram miliknya selepas memenangi anugerah tersebut.

Menerusi entri itu juga, Eizlan turut memuat naik fotonya yang menerima anugerah itu ketika acara berprestij tersebut berlangsung.

Rata-rata pengikutnya turut mengucapkan tahniah kepada aktor kacak tersebut.

Anugerah dimenangi Eizlan itu adalah kategori baru yang diwujudkan dalam festival yang di asaskan Persatuan Pengarah-Pengarah Filem Korea sejak 1990.

Filem popular yang pernah mencipta sejarah dalam festival itu sebelum ini antaranya Train To Busan dan Along With The Gods: The Two World.

Difahamkan, Eizlan berada di negara itu sejak 17 Julai lalu dan pulang ke Malaysia hari ini.

Sumber:Eizlan Yusuf