Semakin cantik wajah terkini Suhaila Sulaiman isteri pelakon hebat Faizal Hussein.

Nama Faizal mula menjadi sebutan ramai apabila membintangi filem pada tahun (1986) yang berjaya meraih kutipan pecah panggung, malah gaya ‘rambut ekor’ yang diperkenalkan menerusi watak Azroy juga menjadi ikutan ramai ketika itu.“Saya pun tak sangka watak Azroy boleh beri besar dalam kerjaya seni saya, tapi itulah yang berlaku bila kita ikhlas buat kerja tanpa sibuk nak fikir pulangannya.

“Bermula dari situlah saya dapat pelbagai tawaran berlakon, bayaran pun makin meningkat. Saya anggap itu sebagai satu pencapaian buat saya ketika itu,” imbas Faizal.Di sebalik kejayaan yang digapai Faizal, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang perkembangan isterinya yang juga merupakan seorang pelakon. Pernah bergandingan bersama-sama dalam drama Sayang Puteri, Suhaila Sulaiman kini berusia 41 tahun dan lebih memberi tumpuan kepada keluarga selain membuat perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah.

Hasil perkongsian hidup selama 18 tahun, Faizal dan Suhaila dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn yang kini berusia 12 tahun dan seorang anak lelaki bernama Fazrick. Mengamti wajah kedua-dua permata hati pasaangan romantis ini, tidak syak lagi mereka berdua mewarisi kecantikan dan wajah tampan Faizal dan Suhaila.

Paling menarik perhatian, cara Suhaila mendidik dan membentuk kedua-dua anaknya dengan penuh tumpuan. Apa saja yang diminati anak-anak, baik Suhaila mahupun Faizal, mereka sepakat menyokong kehendak Fazryn dan Fazrick. Misalnya, ketika anak lelaki mereka menyertai pertandingan robotik, World of Robotics National Championship 2017.

Lebih tiga dekad berada dalam industri dan masih kekal relevan sehingga ke hari ini merupakan pencapaian peribadi terbaik buat pelakon berkarakter, Faizal Hussein, 50. Meskipun pelakon baru datang silih berganti, bapa kepada dua anak, Fazryn, 12 dan Fazrick, 9, masih berada di tempatnya yang tersendiri.

Muncul buat pertama kali di depan kamera ketika berusia lima tahun, Faizal mula menerima pendedahan awal apabila diminta rakan bapanya, seniman Hussein Abu Hassan untuk memenuhi salah satu peranan pelakon kanak-kanak dalam filem hitam putih, Darrah Panglima (1972) yang menampilkan bapanya sebagai hero.

“Ketika itu memang saya belum tahu apa-apa lagi, tapi itulah pendedahan awal di mana saya diperkenalkan dengan set dan cara bagaimana produksi bekerja. Saya sempat berlakon tiga buah filem hitam putih. “Selepas tu saya tak berlakon lagi sebab nak tumpu pada pelajaran sehinggalah pada tahun 1984 ketika sedang menunggu keputusan SPM. Pengarah Z. Lokman mengajak saya berlakon dalam filem arahannya, Bujang Selamat.

“Pada mulanya saya tidak begitu minat berlakon, tapi bila dah mula kerja sepenuh masa dalam bidang ini, saya cuba beri yang terbaik dan memastikan penampilan saya berbaloi,” katanya.Meskipun kedua ibu bapanya cukup dikenali dalam bidang seni, Faizal tidak pernah menjadikannya sebagai batu loncatan untuk mudah dikenali dalam bidang seni, sebaliknya dia berusaha mencipta nama dengan usahanya sendiri.

Wajah terkini isteri Faizal, Suhaila Sulaiman

“Mungkin orang fikir jalan saya dalam industri mudah kerana saya anak Hussein Abu Hassan, pelakon dan juga pengarah yang ramai orang kenal, tapi mereka tidak tahu bagaimana saya berusaha memberikan kerja yang terbaik dalam setiap penglibatan saya. “Platform tu memang dari ayah saya tapi selebihnya bergantung kepada bagaimana cara dan kualiti kerja saya. Secara logiknya orang tidak akan ambil saya berlakon lagi jika saya tak ikut apa yang mereka nak,” katanya.

“Saya gembira sebab tak pernah ada yang merendah-rendahkan saya termasuklah dari segi bayaran. Mereka realistik dengan cara kerja yang saya lakukan,” akuinya.Faizal yang pernah menjadi pujaan ramai peminat-peminat wanita ketika itu juga mengakui menyimpan banyak kenangan manis bersama peminat yang masih diingati sehingga hari ini.

Baginya, peluang dulu tidak banyak sebagaimana yang ada hari ini kerana tidak mudah untuk seseorang pelakon itu mendapat tawaran dalam satu masa.“Bila selesai satu-satu penggambaran yang kita buat, entah bila pula dapat tawaran baru. Sebab tu pelakon dulu sangat menghargai setiap tawaran yang mereka dapat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Ig suhaila sulaiman