“Ia Pertemuan Santai, Tiada Apa Pun Yang Serius,” Neelofa Perjelas Video Duduk Bersebelahan Datuk Hans Issac

Selepas beberapa akaun di Instagram yang mulai memuat naik beberapa momen sambutan hari jadi salah seorang sepupunya, Qalisha Ray di sebuah restoran yang turut merakamkan kehadiran pelakon dan Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac pertengahan Julai lalu, ada netizen yang tidak lekang bercerita mengenainya.

Lalu, MH turut mengajukan persoalan sama mengenai sedutan video tersebut dan Neelofa menjelaskan, kehadiran figura itu ke majlis ahli keluarganya bukanlah yang pertama kali.

Malah, hos dan usahawan berjaya ini juga tidak menafikan ada peminat yang sedia tahu mengenai perkara tersebut.

“Rasanya ramai yang pernah nampak sebelum ini, sama ada di rumah atau di mana-mana lokasi yang saya turut menjemput Hans datang. Ada ketikanya ia majlis keluarga misalnya sambutan hari jadi dan sebagainya.

“Jadi selepas lapan ke sembilan tahun, dia kini bukan sahaja sudah jadi kawan kepada saya, tetapi juga kepada ahli keluarga lainnya, termasuk sepupu.

“Bahkan ada sesetengah keraian, bukan saya pun yang jemput, kakak saya yang jemput misalnya,” katanya jujur.

“Malam itu (sambutan hari jadi Qalisya), ia secara kebetulan dan bukan dirancang pun. Kami bertemu di sebuah restoran. Dia hadir dan sepupu saya pun datang, termasuk rakan dan ahli keluarga lain.

“Ia pertemuan santai, tiada apa pun yang serius sebab masing-masing sudah mengenali. Hans juga turut kenali pakcik dan sepupu saya. Kadang-kadang mereka berjumpa tanpa saya pun. Dah boleh masuk geng,” tambah Lofa

Ditanya mengenai dirinya yang dirakam duduk bersebelahan dengan bintang Cuci itu, Lofa turut mendedahkan situasi sebenar.

“Cuma selalunya dia tak akan duduk sebelah saya, lazimnya dia akan duduk tempat lain. Bila saya sampai, kami berempat yang sampai dulu dan kami duduklah berdekatan. Jadi ia bukan dirancang.

 

View this post on Instagram

 

Hahaha dah ready nk potong beaf tu!! Celebrate qalisha’s birthday❤ #Neelofa #ILofaYou #VideoNeelofa . . . Igs : aisha

A post shared by neelofa.fans (@lofa.world) on Jul 18, 2019 at 6:39am PDT

“Malah masa sambutan hari jadi ibu saya sebelum ini pun, Nabila yang jemput, bukan saya.

“Malah kalau dia datang sekali pun, dia tidaklah lepak dengan saya. Dia akan banyak luang masa dengan ahli keluarga yang lain,” akhiri Lofa memberikan penjelasan.

Terdahulu, Neelofa ditemui di sesi media Lofa Brand di pejabat urusan Naelofar, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada Rabu.

 

Sumber : Instagram lofa.world