“Seorang Yang Menyokong, Sangat Positif Dan Rajin Bekerja,” Ini 3 Ciri Syafiq Kyle Yang Disukai Kekasih, Mimi Lana

Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana tidak mahu mengulas panjang mengenai hubungan cinta yang sudah terjalin sejak sekian lama dengan pelakon, Syafiq Kyle memandangkan aktor tersebut sudah pun menjelaskan mengenainya tidak lama dulu.

Malah jelasnya lagi, dia juga risau andai kisah cinta yang sering ditanya secara tidak langsung akan membuatkan cerita perihal kerjaya akan ketinggalan ke belakang.

 

View this post on Instagram

 

#anugerahstaileh2019 . Head to toe @bybriankhoo 🍒

A post shared by MIMS (@missmimilana) on Jul 25, 2019 at 6:30am PDT

“Saya rasa kenyataan Syafiq sudah memadai untuk semua orang faham mengenai hubungan kami. Jadi tidak perlulah untuk saya komen panjang-panjang.

“Malah saya pun tidak mahu perbesarkan hal ini, risau nanti cerita ini akan lebih dapat perhatian berbanding kerjaya masing-masing,” katanya kepada MH.

Berkongsi mengenai tindakannya yang memuat naik foto bersama hero Nur itu, Mimi menjelaskan ia sebenarnya hanyalah untuk promosi drama rantaian lakonan mereka ketika itu, Bukan Cinta Aku yang turut menampilkan Janna Nick dan Baim Wong.

“Foto yang saya muat naik tu sebenarnya ketika kami terlibat dalam drama Bukan Cinta Aku. Jadi saya muat naik untuk promosikan foto cuma mungkin kerana pada masa sama kami bersama, jadi ia lebih dapat perhatian.

 

View this post on Instagram

 

My one and only Tengkujuh isma in #bukancintaaku pukul 7 malam ni @tv3malaysia 💖

A post shared by MIMS (@missmimilana) on Jun 17, 2019 at 3:39am PDT

“Sebelum ini pun saya ada juga kongsikan foto bersama dengan Syafiq dan kebetulan baru-baru ini dia ada keluarkan kenyataan fasal cinta. Jadi mungkin ia membuatkan peminat lebih teruja,” kongsi Mimi yang kini sedang sibuk di lokasi filem Pusaka

Ditanya mengenai sisi privasinya setelah mengakui hatinya sudah dimiliki pelakon terknal itu pula, Mimi mengakui pada peringkat awal dia biasa-biasa sahaja

Cuma apabila sering ditebak mengenai persoalan cinta yang sama, ia membuatkan situasi menjadi sedikit tidak selesa.

“Saya okay sahaja, cuma bila lama-kelamaan saya rasa macam tidak patut sebabnya kami buat pendedahan itu sudah memadai, tak perlu tanya lebih-lebih.

“Kami ni sama sahaja macam orang lain, biasa-biasa,” jelasnya yang turut mengakui pemenang tempat kedua Hero Remaja selepas Fattah Amin itu seorang yang positif dan rajin bekerja.

“Syafiq dia seorang yang sangat menyokong, sangat positif dan rajin bekerja,” akhiri Mimi yang turut terbuka untuk berlakon sama kekasihnya itu sebagai pasangan hero dan heroin menerusi mana-mana naskhah selepas ini.

 

View this post on Instagram

 

I’m happy with how I smile, how beautiful my teeth are, how round my eyes are, how cute my nose is. I love how perfect my imperfections are and I’m not sorry if you don’t. We should all love ourselves and be grateful. Don’t ever let body-criticism get into your head but instead turn it into something positive. It’s still fresh in my mind how I used to be severely affected by other’s opinion about how my body is. Then one day, it struck me that these people are saying such bad things not because they dislike me but merely because they’re unconsciously unhappy with themselves. They turn that emotional baggage on me instead. Can we be pleasant to each other and accept the fact that I’m happy with myself. It will be great if people would stop comparing, stop judging, stop asking people to do what they deem acceptable in their eyes. Or else, you will be stuck in this negative energy forever. I appreciate everything that I have right now. Stop hating start loving. Count your blessings. 💖

A post shared by MIMS (@missmimilana) on May 24, 2019 at 5:54am PDT

Sumber: MH