Suami tak habiskan kuih yang aku bagi semalam, bila aku cek hp, alangkah terkejut nya aku.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

Salam semua, pagi tu aku macam biasa,bangun seawal pukul 6 pagi untuk solat subuh.tengok sebelah,suami dengan anak kecil masih nyenyak tidur.perlahan-lahan aku masuk ke tandas kuatir anak akan bangun.maklumlah anak kecil yang baru berusia belum cukup setahun lagi.kalau tersedar,susah la nak buat kerja lain.sebelum masuk ke tandas,sempat aku menoleh ke suami.

Tetiba hari ni macam tergerak sangat nak cium & peluk dia. Entahla lain macam pulak pagi tu rasa teramat rindu dekat dia walaupun hari-hari kami bertemu siang malam. mungkin perasaan gedik aku je ni maklumlah suami handsome.. sesudah solat,aku pun mengejutkan suami pula.

Dia bangun dan serta merta dia cakap dekat aku “i love you sayang” lalu cium tangan aku. aku rasa berbunga pula pagi subuh tu.”haishhh karang tak sempat solat subuh pulak laki aku ni “, bisik aku di dalam hati. Selepas selesai menunaikan solat, suami aku sepeti biasa akan bermain dengan anak kami.

Anak aku akan bangun bila suami aku bangun. anak rintik bapa borek. suami aku ni ada sesuatu keistimewaan iaitu boleh buat anak kami gelak besar walaupun tengah menangis teruk. aku di dapur mendengar gelak ketawa mereka sambil menyiapkan sarapan pagi. selesai bersarapan,suami meminta izin untuk pergi berkerja.

Ya dia minta izin aku setiap kali hendak pergi kerja. bukan sebab aku queen control.tetapi suami aku pernah berkata kalau nak bahagia,jangan nak sebelah pihak je yang buat. aku bahagia dengan suami aku. walaupun dah hampir 3 tahun berkahwin,cara dia melayan aku sama seperi awal berkahwin. aku menadah tangan lalu mencium tangan suamiku kemudian anak ku pulak dipeluk erat dia. aku berasa iri hati kerana aku tidak dipeluknya.

Selepas suamiku pergi berkerja,aku ternampak kuih keria yang diberikan kepada suami untuk bersarapan tadi tidak dihabiskannya. aku berasa sangat kecil hati.penat aku bangun pagi.

Pantas aku mencapai handphone lalu menaip whatsapp tentang perkara ini kepada suami serta merta dia membalas ” abang bukan sengaja tak nak habiskan kuih tu, tapi abang tengok tinggal satu je. so nak adil,abang makan separuh,sayang makan la separuh ya, abang cintakan sayang. biar abang susah,tapi abang taknak sayang dengan anak kita susah”, jawapan memujuk dari suamiku.

Aku berbisik di dalam hati “konon je suami aku ni. tak hargai aku langsung”.aku biarkan kuih keria tadi tanda protes terhadap dia. aku nak dia habiskan bila balik nanti. suamiku berkerja di shah alam. kira-kira 35 km dari rumah kami. setiap kali pergi ke mana-mana, suami ku aku menghidupkan gps dia. aku boleh detect lokasi suamiku melalui handphone.

Selepas itu,aku seperti hari-hari biasa melakukan tugas harian. basuh baju,lipat baju,memasak,melayan anak dan macam-macam lagi. kira pukul 10 pagi iaitu selepas 2 jam suamiku keluar rumah,aku mencapai handphoneku untuk melihat whatsapp,facebook dan juga instagram. tetiba hatiku terasa rindu sangat dengan suamiku. aku buka apps yang boleh melihat lokasi suamiku dia berada di petaling jaya,bukan di shah alam iaitu di pejabatnya.

Aku mula fikir yang bukan2 Dia ni pergi kerja ke pergi menggatal ni aku mula nak naik angin aku whatsapp dia tapi tak berbalas. last seen dia sejam setengah yang lalu. aku call,dia tak jawab aku tengok lagi lokasi dia,kedudukan dia tak berubah. statik je selang 5 minit,aku dapat call dari nombor yang tidak dikenali yang mengatakan dia pihak polis.

Polis berkenaan menyoal kepadaku samada aku ini isteri kepada suami ku atau tidak. jawapan aku ya aku dikehendaki untuk datang segera ke pusat perubatan universiti malaya.gugur jantungku apabila pegawai polis berkenaan mengatakan suamiku terlibat kemlangan maaut di federal highway.

Rasa menggigil satu badan, anakku serta merta menangis seperti faham dengan keadaan ini aku ke dapur dan tutup segala api dan gas.. Aku sempat berpaling muka ke arah kuih yang tidak dihabiskan suamiku tadi tanpa mandi,aku bersiap dan ke ppum dengan menaiki grab.

Sampai sahaja di ppum, aku di bawa oleh doktor dan pegawai polis ke bilik pengesahan myat. alangkah lemah longlai badanku melihat tubuh suamiku tidak bernyawa. hampir terjatuh anak dipangkuanku tetapi sempat disambut oleh doktor.

Aku menjerit sekuat hati seperi orang gla dan memeluk erat suamiku. aku mencium seluruh badannya. baru aku sedar,perasaan rindu yang teramat pada suamiku pada subuh tadi bukan perasaan gedikku semata-mata. aku ditenangkan beberapa jururawat di sana. kini,aku mula sedar,aku sudah kehilangan seorang yg halal untuk aku peluk,cium dan segalanya.

Tiada lagi tangan yang akan memegangku. tiada lagi bibir yang akan menciumku. tiada lagi gelak ketawa suamiku memujuk anakku berhenti menangis. tiada lagi yang akan menjawab panggilanku. tiada lagi whatsapp romantik dari suamiku. tiada lagi blue tick dari dia. aku pasrah, aku redha walaupun lemah longlai jasadku melihat tubuh suamiku yang tidak benyawa dibawa ke bilik lain untuk dibedah siasat.

aku terlampau rindukan suamiku.baru aku sedar, kuih keria yang ditinggalkan separuh untuk aku tadi adalah peninggalan terakhir suamiku. sehingga kini selepas 2 tahun,aku masih menyimpan rapi.

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.