Dibayar RM25,000 Chef Wan Dedah Menu Istimewa Kegemaran Almarhm Sltan

Chef Selebriti Redzuawan Ismail atau lebih mesra dipanggil Chef Wan bercerita tentang pengalaman beliau sepanjang mengenali Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah serta bersama kerabat di Raja Pahang yang begitu rapat sedari kecil.

Menurut Chef Wan, kenangan berurusan dengan Sultan Pahang kelima itu ketika menjadi chef dan memasak sendiri aneka juadah di majlis-majlis makan malam yang dianjur kerabat di Raja Pahang.

Kata Chef Wan, di situ dia mula mengenali keluarga di Raja Pahang secara dekat.

“ Kebaikan baginda menjadi bualan orang ramai. Baginda selalu menjadi orang yang baik, suka bersedekah dan memberi makan kepada orang ramai.

 

” Malah, Baginda juga sentiasa pastikan semua orang dilayan dengan baik,” katanya kepada Astr0 AWANl, pada Rabu.

Kenangan Mee Rebus.

Selain itu, katanya, baginda juga suka dengan masakan yang dimasaknya dan menu yang menjadi kegemaran baginda adalah mi rebus hasil air tangannya sendiri.

“ Ada suatu ketika, Tuanku ingin merasa mi rebus hasil tangan saya dan malam itu juga saya masak sendiri mi rebus itu untuknya.

Tak sangka hanya kerana masakan mee rebus.

Apa yang mengejutkan, apabila selesai memasak dan pulang ke rumah, saya dapati ada RM25,000 wang tunai dan hadiah seperti telefon baharu keluaran Samsung dan sebuah kamera berjenama Canon di dalam beg perkakas saya,” ujarnya.

Chef Wan menghubungi baginda untuk bertanyakan mengenai hal tersebut, sama ada baginda mungkin tersalah letak atau sebagainya, dan jawapan yang diterima ialah Tuanku Sultan sendiri meletakkan ganjaran tersebut di dalam beg itu sebagai hadiah.

Chef Wan berkata tidak pernah berlaku dalam hidup dibayar sebegitu banyak wang hadiah untuk sajian mi rebusnya.

Sementara itu nada sebak penghibur ternama Indonesia, Datuk Seri Rossa ketika berkongsi pengalaman mengenali Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah jelas menterjemahkan betapa beliau benar-benar merasai kehilangan seorang raja yang berperibadi mulia.

Sepanjang mengenali Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, baginda disifatkan Rossa seorang raja yang mementingkan kesederhanaan selain memiliki personaliti yang menawan serta disenangi segenap lapisan rakyat.

Menurut Rossa, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah merupakan insan yang tidak pernah membandingkan darjat antara rakyat dan keluarga diraja.

” Tuanku melihat manusia itu adalah sama, walaupun saya rakyat Indonesia Tuanku tidak pernah membeza-bezakan kami,”

kata Rossa berkongsi pandangan mengenai Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah ketika dihubungi Astr0 AWANl dari Jakarta, Indonesia.

Antara Luahan2 Selebriti Perihal Kebaikan Sultan Ahmad Shah.

Sultan Ahmad Shah sangat peramah – Eizlan Yusof.

Melihat ini sebagai satu kehilangan besar buat rakyat Pahang, pelakon 90-an Datuk Seri Eizlan Yusof turut menyampaikan ucapan takziahnya kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta seluruh kerabat diraja Pahang.

Berkongsi sifat Almarhum yang dianggapnya sangat peramah, kongsi Eizlan dia juga tidak akan melupakan jasa Sultan dalam mengiktiraf anak seni di negara ini.

“Paduka ayahanda adalah seorang yang sangat peramah. Malah sikapnya itu juga membuatkan saya sangat menghormatinya sebagai seorang pemimpin.

“Tentunya jasa Almarhum dalam membantu industri kreatif di negara ini untuk berkembang selain sangat menitikberatkan kebajikan insan seni akan sentiasa diingati.

“Saya doakan roh Almarhum dicucuri rahmat dan bersama-sama orang beriman,” kongsinya.

Sultan Ahmad Shah mengiktiraf selebriti – Datuk Hans Isaac.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac menyifatkan kemangkatan Sultan Hj Ahmad Shah sebagai satu kehilangan besar buat seluruh rakyat Pahang dan juga penggiat seni.

Katanya, Sultan Ahmad merupakan seorang individu yang aktif memberi sokongan kepada selebriti tempatan selain memberi pengiktirafan sebagai tanda sokongan.

“Keluarga saya dan Almarhum sememangnya bersahabat baik sejak ayah saya sekolah lagi. Mereka satu sekolah dan kami memang kenal rapat.

“Sudah tentu pemergiannya amat dirasai kerana kami sudah menjadi sebuah keluarga, ”luah Hans.

Menurut Hans, beliau tidak akan melupakan setiap kenangan ketika bersama Almarhum dan akan turun ke istana bagi memberikan penghormatan terakhir buat baginda.

“Dari dahulu Almarhum banyak membantu golongan artis dan sudah tentu kami merasai kehilangan besar dikala ini.

“Segala momen bersamanya akan menjadi satu kenangan indah buat saya dan saya akan turun memberi penghormatan terakhir buat Almarhum nanti,” jelas Hans.

Sultan Ahmad Shah banyak beri sokongan – Fazley Yaakob.

Penyanyi dan chef selebriti Datuk Fazley Yaakob juga meluahkan rasa sedihnya kerana terlalu banyak kenangan manis bersama Almarhum.

“Almarhum banyak menyokong kerjaya semenjak saya mula-mula jadi penyanyi lagi. Setiap kali Almarhum hadir menonton persembahan saya, saya tidak akan lupa menyanyikan lagu Sepanyol kegemarannya iaitu Beautiful Maria.

“Saya juga tidak lupa apabila Almarhum mengucapkan terima kasih kerana saya pernah memartabatkan nama Pahang di mata dunia apabila membawa Datuk Seri Siti Nurhaliza mengadakan konsert di Royal Albert Hall, London.

“Menjelang konsert tersebut, saya dan arwah ayah saya sendiri yang menjemput Almarhum dan keluarga untuk menyaksikan konsert Siti di sana. Kata Almarhum, demi martabat Pahang Almarhum sanggup turun padang menonton konsert.

“Sebagai pakar motivasi juga, Almarhum nasihatkan saya agar meneruskan kerjaya ini untuk terus meningkatkan semangat masyarakat terutamanya rakyat Pahang.

“Marilah kita sama-sama doakan agar r0h sultan berjiwa rakyat ini dicucuri rahmat dan bersama orang-orang beriman,” luahnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: astroawani