“Macam saya ni tak ada bakat langsung..” Hawa Rizwana Mengaku Guna Kelebihan Bapa Untuk Karier

Pembaca berita Buletin Utama TV3, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan terkilan dengan tindakan segelintir netizen yang mendawwa dia mendapat pekerjaan di stesen televisyen tempat dia berkhidmat ketika ini dengan mudah kerana pengaruh bapanya.

Malah gadis berusia 24 tahun itu turut menyangkal dawwaan tersebut.

“Bila ada orang kata dapat kerja sebab pakai kabel iaitu ayah, saya kurang setuju. Itu memang tak betullah.

“Sedihlah sebab libatkan ayah… seolah-olah ayah yang cucuk-cucuk orang nak bagi Hawa kerja. Macam Hawa ni teruk sangat tak ada bakat langsung,” katanya ketika dihubungi mStar

Jelas Hawa Rizwana atau lebih mesra disapa Hawa, bapanya, Ahmad Redzuan bukanlah kakitangan di stesen televisyen tempat dia bekerja.

Hawa bergelar penyampai berita Buletin Utama sejak awal tahun ini.

“Ayah pun kebetulan dulu hos Selamat Pagi Malaysia tapi dah lama dah… bukan dia kerja sebagai wartawan di Media Prima.

“Ada orang ingat kami satu office tapi ayah tak ada kena-mengena dengan Media Prima dan dia sebenarnya pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM),” katanya.

Menurut Hawa, dia juga menjalani latihan praktikal di syarikat tersebut atas cadangan pensyarahnya.

Macam hari pertabalan tempoh hari saya tanya ayah ayat promo yang sedap. Kita ni tak matang nak buat ayat puitis macam tu. Alhamdulillah saya gunakan kelebihan itu untuk karier saya.

HAWA RIZWANA AHMAD REDZUAN

Penyampai berita

“Hawa masuk internship di Media Prima sebab study journalism dan atas recommendation pensyarah. Bukan saya seorang je tapi ada kawan-kawan lain yang namanya turut dihantar pensyarah.

“Lepas intern… dua bulan kemudian saya dipanggil untuk jalani audition baca berita. Saya pun exciteddan beritahu ayah tentang perkara itu. Ayah pun cakap ok Alhamdulillah,” katanya.

Hawa bersama ibu dan bapanya.

Namun Hawa bersyukur kerana dia ditawarkan sebagai pembaca berita kerana bakat dan kelayakan yang dia ada.

“Selepas setahun lebih dekat TV9 beberapa hari sebelum 1 Januari tahun ini, Alhamdulillah Datuk Manja Ismail, bos Media Prima suruh baca Buletin TV3. Jadi ayah memang tak involve langsung dalam proses saya nak dapatkan kerja ni.

“Jika difikirkan sedalam-dalamnya secara rasional, kalau orang tu tak terkenal tapi bakat dia luar biasa, orang akan ambil bekerja. Tapi kalau orang tu ada kabel tapi tak ada kriteria atau bakat, buat apa orang nak ambil… betul tak,” katanya yang sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana.

Pada masa sama, Hawa berkata dia juga sering meminta pandangan bapanya sebelum memulakan tugasannya.

“Banyak benda saya refer dengan ayah. Kalau nak interview menteri saya akan minta pandangan ayah mengenai isu semasa atau apa yang boleh ditanya.

Tweet Hawa mendapat perhatian netizen.

“Macam hari pertabalan tempoh hari saya tanya ayah ayat promo yang sedap. Kita ni tak matang nak buat ayat puitis macam tu. Alhamdulillah saya gunakan kelebihan itu untuk karier saya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mstar