Noh Hujan Baca Al-Quran, Mizz Nina Tolong Checkkan Bacaan

Pasangan selebriti Noh Hujan dan Mizz Nina sentiasa menjadi inspirasi bagi anak muda dan suami isteri di luar sana.

Seperti sedia maklum, pelbagai misi kemanusiaan dan perubahan telah dilakukan oleh mereka sehingga dapat membuka mata dan minda pelbagai pihak.

Terbaru, pasangan itu sekali lagi mendapat perhatian dan pujian netizen di laman Twitter apabila video mereka berdua sedang membaca kitab suci al-Quran meraih sebanyak 65,900 tontonan dan 5,100 perkongsian.

Cuba lihat Instastory Mizz Nina…

Tweet berkenaan berkongsi semula sebuah Instastory milik Mizz Nina yang memperlihatkan dia dan suaminya sedang mengaji al-Quran bersama-sama. Sweetkan?

https://twitter.com/deadguts_/status/1157285260037517313

Sempena masuk bulan Zulhijjah…

Lebih menarik apabila mereka mengambil keberkatan sempena 1 Zulhijjah dan Mizz Nina turut berkongsikan kebaikan tarikh tersebut melalui posting di Instagramnya.

“It’s friday AND it’s the first of Dhul hijjah. The first day of the best 10 days of the year! Double blessing, Alhamdulillah!,” jelas Mizz Nina.

Korang boleh jadikan contoh!

Rata-rata kagum dengan tindakan pasangan suami isteri itu yang sentiasa mengutamakan dari sudut rohani walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga.

Boleh jadikan inspirasi tau!

Pasangan itu telah bernikah pada tahun 2011. Walaupun sehingga kini masih tidak dikurniakan zuriat, tetapi mereka berdua terus berusaha dan tidak mudah putus asa dalam cubaan bagi memiliki zuriat sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Dead Guts_Mizz Nina.