“Saya Minta Maaf Jika Tak Bawa Apa-Apa Manfaat & Rezeki Pada…” Ini Ucapan Zulin Aziz

Anggota kumpulan Tamanz, Zulin Aziz mengakui reda apabila disingkirkan pada minggu keenam dalam program Muzikal Lawak Superstar (MLS).

Menerusi entri di Instagram (IG), Zulin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnnya bersama dua anggota kumpulan yang lain iaitu Tauke dan Man.

“Terima kasih Astro, terima kasih semua yang menyokong dan mengundi Tamanz.

“Minta maaf sampai sini saja perjalanan kami dalam Muzikal Lawak superstar dan teruskan memberi sokongan pada yang lain.

“Saya minta maaf jika tak bawa apa-apa manfaat dan rezeki pada @taukejambu dan @manrajalawak.

“Terima kasih semua semoga Allah murahkan rezeki mereka berdua diluar Amin Ya Rabb,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui sedih apabila kumpulan Tamanz disingkirkan pada minggu ini dan ada juga memberikan kata-kata semangat kepada Zulin.

“@dayanaroza: Its okay Zulin. Kau still pelawak kami kawan-kawan. Sorry tak sempat nak datang tengok kau. Baru plan next week nak pergi tengok. Love you. Zulin the best.”

“@mr.therapist.qal: Awat makin tak kelakar, yang mula-mula dulu lawak giler. Zulin and geng penat kot. Komitmen kerja lain banyak. Anyway congratulations sebab sampai tahap ni.”

“@norhamimah95: Tak apa, kak Zulin sudah buat yang terbaik. Cuma tak ada rezeki untuk ke peringkat seterus ye.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram zulin aziz