“Dia cakap tak berani..” Gadis Kejar Pencurii Motosikal, Rakan Lelaki Pilih Rakam, Bukan Tolong

Insiiden kecuriian motosikal Yamaha 125 yang berlaku di depan mata kira-kira pukul 3.20 pagi Jumaat lalu di sebuah stesen minyak di Jalan Pahang masih terbayang-bayang di ingatan Nurhazwani Mohd Noh.

Rakaman berdurasi sembilan saat yang tular di media sosial menunjukkan Nurhazwani atau lebih mesra disapa Wanie cuba mengejar dua lelaki yang melarikan motosikalnya.

Namun usaha untuk menghalang motosikalnya daripada dilarikan gag4l kerana gadis berusia 29 tahun itu dilihat mengejar dua suspek itu bersendirian.

Malah tindakan individu yang merakam kejadian itu tanpa membantu m4ngsa menyebabkan dia dikeccam hebat netizen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa ger4m dan mempertikaikan tindakan perakam yang disifatkan agak keterl4luan.

Antara komen netizen mengenai perbuatan perakam.

Bukan sahaja netizen tetapi Wanie turut meluahkan rasa terkilan dengan tindak4n salah seorang rakan sekerjanya yang memilih untuk merakam insiiden itu daripada membantunya mengejar susp3k.

“Waktu kejadian saya jerit minta tolong dengan rakan kerja saya sebelum berlari keluar. Tapi saya tengok dia hanya berdiri dan lihat saja dari dalam kedai tanpa memberikan apa-apa reaksi.

“Paling saya terkilan dia keluarkan handphone dan rakam kejadian tu. Patutnya dia tolong kejar, tak pun teman saya buat sesuatu dekat susp3k,” katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai reaksi rakan sekerjanya itu selepas insiiden tersebut, Wanie berkata dia hanya beritahu ‘tidak berani’.

“Dia tak ada minta maaf cuma cakap dia tak berani sebab susp3k berdua. Dia takut kalau-kalau susp3k ada senj4ta lain.

“Tapi saya memang tak sangka dia tak buat apa-apa sebab dia lelaki. Dia pun ada motosikal juga dan sudah tentu dia tahu apa yang saya rasa,” katanya.

Nurhazwani Mohd Noh.

Wanie berkata dia memberanikan diri untuk mengejar susp3k kerana amat menyayangi motosikal tersebut.

“Masa tu tak fikir apa dah cuma nak selamatkan moto tu je. Itulah satu-satunya moto cari rezeki kerja siang malam.

“Moto tu baru je beli tahun 2017 dan bulan 1 tahun depan baru habis bayar. Sedih terkilan semua ada sebab tak sempat nak dapat geran di tangan,” katanya.

Paling saya terkilan dia keluarkan handphone dan rakam kejadian tu. Patutnya dia tolong kejar, tak pun teman saya buat sesuatu dekat susp3k.

NURHAZWANI MOHD NOH.

Tambah Wanie lagi, selepas kejadiian tersebut dia panik dan tidak tahu apa yang patut dilakukan.

“Saya terus minta video yang rakan sekerja saya rakam dan forward pada family saya. Saya minta tolong adik dan kakak buat apa yang patut.

“Tapi saya tak sangka video tu akan jadi viral. Apa pun saya minta moto tu segera ditemui. Sesiapa yang ada maklumat boleh maklumkan kepada saya dengan segera,” katanya.

Motosikal Yamaha 125 milik Wanie yang dilarikan dua suspek.

Dalam pada itu, Wanie berkata polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak tersebut pada tengah hari Sabtu.

“Tiga pegawai dah datang tengok CCTV,” katanya.

Dalam insiden itu, Wanie berkata dia bergegas keluar dari kaunter selepas terdengar ketukan di bahagian tepi stesen minyak yang menempatkan motosikalnya.

“Saya segera keluar lalu melihat dua lelaki memakai topi keledar tutup muka penuh berhampiran motosikal.

“Saya lihat seorang daripadanya sedang memotong mangga pada tayar belakang,” katanya yang bertugas pada syif malam semasa kejadian berlaku.

 

View this post on Instagram

 

Kesiannya, dengar kata tupai akak tu kena rembat dengan dua ketul jebon tu. 😡😡 Siapa ada maklumat lanjut boleh DM min okay. #mstaronline #mstarxs

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Aug 1, 2019 at 7:00pm PDT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mstar