Pakcik Ubahsuai Pintu Kereta Myvi, Boleh Dibuka Macam Kereta Lamborghini

Dah macam-macam gambar pelik dan menarik yang tular tentang kereta Myvi ni. Namun begitu, kereta jenama tersebut tetap menjadi pilihan utama bagi segelintir rakyat Malaysia.

Satu perkongsian yang menarik di Twitter telah dikongsikan oleh Shafinaz Jalal. Rakaman video yang memaparkan sebuah kereta Myvi telah diubahsuai oleh seorang pakcik membuatkan netizen kagum!

“Myvi uncle ni bukan beshe beshe gais…”

Video berkenaan menunjukkan pakcik itu mengubahsuai pintu Myvi berkenaan dengan cara yang luar biasa. Kalau korang biasanya buka pintu dengan menolak ke tepi, tetapi pintu Myvi pakcik ini dibuka secara ke atas.

Ramai yang teruja…

Video tersebut setakat ini telah mendapat sebanyak 86,700 tontonan dan 11,600 ulang kicau. Pelbagai reaksi dan juga komen daripada warga netizen!

Called Kambordua Myventador…”

Jangan pandang rendah dengan Myvi!

Ini baru namanya Myvi!

“Nak make sure Myvi aku macam ni jugak…”

Jadi sesiapa yang nak ubahsuai kereta tu, pastikan tak melanggar syarat dan tidak membahayakan orang sekeliling. Tak pasal-pasal nanti kena saman dengan pihak berkuasa pulak!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Shafinaz Jalal.