Asif Tak Bagi Zizan Nyanyi Lagu Sendiri, Bikin Netizen Peccah Perut

Kelucuan pelakon komedi Zizan Razak memang tidak dapat dinafikan lagi dengan 6.4 juta pengikut di instagram yang sentiasa menantikan kemas kini terbaru dari pelawak itu. Lebih buat berdekah adalah apabila dia bergandingan dengan aktor pelawak yang lain.

Terbaru, Zizan memuat naik video bersama bintang Youtube, Asif Suhaimi yang juga merupakan seorang remaja autistik, di mana kelihatan seperti mereka sedang menyanyi bersama.

Selepas dicadangkan untuk menyanyikan lagu ‘Bawa Aku Pergi’ dendangan Zizan sendiri, kedua-dua mereka mula menyanyikan lagu itu tetapi yang buat ramai geli hati adalah apabila Asif tidak membenarkan Zizan menyanyi bersamanya.

VIDEO:

Video tersebut mendapat hampir 200 ribu likes gara-gara lawak spontan kedua-dua pelakon komedi itu menyebabkan ramai yang tidak kering gusi.

“First time abg kena mcm nie…”

“Pot0ngg gitu jah…”

“Kelat terus muke Zizan…”

“Tolong amik dia jadi pelakon…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram