“Betul Ke Cikgu Ni..” Kejelitaan Jessica, Cikgu Dari Suku Lun Bawang Tarik Perhatian Netizen

Siapa sangka disebalik wajah cantik persis model ini, gadis berusia 23 tahun ini sebenarnya seorang guru latihan praktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) LKTP Tersang, Raub, Pahang. Jessica Robert Stephen mula meraih perhatian pelajarnya apabila ramai tidak percaya dia merupakan orang suku Lun Bawang berasal dari Miri, Sarawak.

Tak kurang juga ada yang bertanyakan soalan mencuit hati mengenai suku kaumnya yang rata-ratanya beranggapan dia campuran orang putih dan Cina. Meski pun ada yang ragu-ragu namun beliau menunjukkan kad pengenalannya ada tertulis Lun Bawang.

Lun Bawang bererti Orang Ulu

Suku Lun Bawang tinggal di kawasan pedalaman iaitu ‘Lun’ bermaksud orang, manakala ‘Bawang’ membawa pengertian ulu sebelum tiimbul istilah Lun Bawang bererti Orang Ulu.

Pelbagaii reaksi saya terima apabila saya memberitahu saya suku Lun Bawang, tapi saya tidak m4rah kerana memang ramai tidak mengetahui mengenai kaum saya.

Suku Lun Bawang ini pada suatu ketika dulu menetap di kawasan pedalaman di tanah tinggi di pertengahan Pulau Borneo atau di ulu sungai dan wujud di Sarawak, Brunei, Kalimantan Utara dan Sabah.

Mengaitkan dengan membawang

Bertambah lucu apabila ada juga pelajarnya yang turut mengaitkan ‘Lun Bawang’ sama seperti ‘membawang’.

Malah, kami adalah kaum minoriti di Sarawak. Daripada kira-kira 27 atau lebih suku kaum di Sarawak, hanya 5.4 peratus daripadanya ialah suku kaum Orang Ulu.

Menurut Jessica, terdapat beberapa suku kaum yang sinonim dengan Lun Bawang iaitu Lun Dayeh iaitu masyarakat Lun Bawang yang boleh ditemui di Sabah, manakala di Sarawak pula di sekitar bahagian Lawas, Limbang, Trusan, Kalimantan dan kawasan pedalaman Borneo.

Ingatkan nak membawang

Jessica akui dia agak pelik pada mulanya melihat reaksii terkejut pelajarnya sebaik mengetahui dia suku Lun Bawang.

Lun Bawang tu mereka kata membawang pula, lepas mereka tahu dan seperti tertarik untuk mengetahui mengenai kaum Lun Bawang sebagai perkara yang baru.

Pengalaman pertama menjalani latihan praktikum di sekolah ini akan menjadi pengalaman berharga. Ketika pertama kali menjejak kaki di Felda Tersang, saya disambut baik oleh guru serta masyarakat sekeliling walaupun pada mulanya, saya memang berasa risau adakah saya dapat diterima oleh masyarakat di sini sebagai seorang guru.

Ramai menerima kedatangan saya

Menurutnya lagi, dia memilih untuk menjadi guru kerana minat untuk menjadi pendidik sejak di bangku sekolah lagi.

Syukur juga pelajar dapat menerima kedatangan saya sebagai seorang guru walaupun di sekolah itu, saya seorang saja guru yang bukan Muslim.

Saya tiada sebab yang kukuh mengapa saya memilih untuk menjadi guru pada mulanya. Tetapi kos yang saya pilih iaitu Pengajian Malaysia dengan Pendidikan memerlukan saya membina diri sebagai seorang pendidik kerana jika di alam persekolahan, ‘major’ saya ialah Pengajian Am.

Timba pengalaman baru

Jabatan Pengajian Malaysia dengan Pendidikan hanya membenarkan tiga kawasan untuk dipilih praktikum iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang ketika ditanya bagaimana dia boleh menjalani praktikum di Raub.

Kemudian saya dan rakan berasal dari Kelantan memilih untuk duduk di kawasan FELDA memandangkan kami ingin mengambil pengalaman tinggal di kawasan baru sebelum memilih SMK LKTP Tersang.

Menurutnya, dia berharap agar dia menimba pengalaman baru walaupun bukan berkhidmat di tempat sendiri.

Reaksi netizen

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Harian Metro