Hubungan Dengan Nabil Mahir Berakhir, Sarah Hildebrand Temui Pengganti, Bercinta Sejak Februari Lepas

Sedang Miss K sedang sibuk dengan persiapan kemas rumah untuk menyambut hari raya Aidiladha, telefon pintar Miss K berdering, menandakan ada e-mel baru masuk.

E-mel tersebut datangnya dari seorang wanita bernama Zatul yang membawakan khabar mengenai aktres cantiik, Sarah Hildebrand.

Ceritanya begini, selepas berpisah dengan kekasih, pengacara Nabil Mahir sejak awal Februari lalu, status Sarah mula menjadi tanda tanya.

Belum sampai dua minggu berpisah dengan Nabil, Sarah dikatakan menjalinkan hubungan percintaan dengan kawan lamanya yang dikenali sebagai Otto Gillen sejak di zaman persekolahan

Namun, Sarah tidak menunggu lama untuk memberikan jawapan kepada pihak media apabila dia mengakui hanya berkawan sahaja dengan jejaka kacuukan Amerika Syarikat-Filipina.

Tapi, Zatul ada memberikan satu info terbaru juga.

Dakwa Zatul, Sarah kini sedang bahagia bersama Otto apabila status hubungan mereka masing-masing di Facebook adalah ‘in relationship’ sejak Februari lalu…

Aik, pelik Miss K! Putuus dengan Nabil pada Februari lalu, lepas tu ‘in relationship’ dengan pasangan baru pun pada Februari juga

Apa yang menjadi persoalan, sebelum ini bukan main lagi Sarah menafikan hubungan mereka… Katanya kawan sahaja.

Zatul pun ada memberikan Miss K beberapa screen shot Facebook Sarah dan Otto sebagai bukti…

Miss K pun ada juga stalk Facebook kedua-dua mereka untuk mendapatkan kesahihan…

Maknanya, betullah seperti apa yang dikatakan oleh Zatul!

Pening sebenarnya Miss K nak fikir sebab kalau dua-dua dah single, apa salahnya mengaku sedang bercinta.. Tak gitu?

Wah, betul ke apa yang didakwwa Zatul ni Sarah? Kalau betul, Miss K doa yang baik-baik sahaja untuk Sarah ya.

Kalau betul, Alhamdulillah, Sarah dah temui pengganti… Miss K doakan yang baik-baik untuk Sarah dan Otto ya? Semoga hubungan kekal hingga ke akhir hayat!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Astrogmpak