Isteri badan berisi, tak sangka lepas balik umrah dia kerap balik lewat malam rupa2nya laki lain di sebalik bini

Salam hai semua pembaca, ini berkenaan dengan isteri saya. Kami telah berkahwin selama 20 tahun. Alhamdulillah dikurniakan 5 org anak. Yg sulung tgh melanjutkan pelajaran di universiti luar Negara. Yg bongsu baru masuk darjah 1. Saya dan isteri mempunyai kerjaya yang sangat baik. Kami berdua menpunyai pendapatan melebihi 5 angka.

Saya juga ada buat beberapa bisnes secara sambilan untuk menambahkan lagi pendapatan. Hidup kami takdelah mewah sangat kerana kami amat cermat berbelanja.

Hidup kami memang bahagia (gadvh sikit2 tu biasa la..). saya tak pernah maki hamun isteri saya, apatah lagi memvkul nya. Memang tak pernah. Saya sangat sayang kan isteri saya. Baru2 ini, saya dpt tahu yg isteri saya ada menjalinkan hubungan sulit dgn lelaki lain.

Lebih mengecewakan saya, beliau telah beberapa kali terlanjur dengan lelaki tersebut. Isteri saya ni dah berumur 43 tahun. Badan agak chubby dan agak manis orangnya. Dia juga jenis mudah mesra dengan org lain. Masa dapat tahu tentang hubungan sulit tu, saya memang sangat keccewa, mar4h, sedih.. semua ada. Sampai sekarang saya tak tahu kenapa dia sanggup buat saya mcm ni.

Isteri saya seorang yg agak menjaga solatnya Kadang2 mengaji kami berdua juga telah menunaikan umrah bersama pada tahun lepas. Mungkin Allah nak menguji saya dan isteri. Org2 yg macam isteri saya pun lemah dan tewas dengan hawa nafsu. Saya muhasabah diri saya. Mungkin saya tak memberi kasih sayang yg secukupnya terhadap beliau. Saya bersemuka dengan isteri saya.

Sebelum tu, saya sempat solat berjemaah dengan dia. Setelah meluahkan segalanya, saya mengambil keputusan untuk menerima isteri saya seadanya. Saya maafkan dia. Saya sangat sayang kan dia. Sayang kat family saya, especially anak2 saya. Saya tak nak anak2 saya membesar dengan keluarga yg telah bercerrai-berai.

Saya juga telah bersemuka dengan lelaki tersebut. Kalau ikutkan amarah saya, memang lunyai saya nak belas4h. Tapi, atas permintaan isteri saya, saya tak apa2 kan lelaki tersebut. Malah saya memaafkan dosanya terhadap saya. Kehidupan kami selepas itu terus berubah. Saya telah menjadi lebih sayang, lebih caring dari sebelum ini. Isteri saya juga berubah.

Dia juga berjanji akan terus setia kepada saya. Sebelum ini, saya agak berkira dengan isteri saya, especially soal duit. Lepas dari kejadian itu, saya jadi terlalu pemurah dengan dia. Sehingga kan semua hutang personal loan dan kad kredit dia saya settlekan. Mana2 perbelanjaan yg kami kongsi bayar bersama pun (mcm duit ansuran kereta & rumah, belanja dapur dll) , saya bayar sorang.

Nafkah bulanan pun saya naikkan. Kalau boleh, saya tak nak kacau duit dia. Saya juga banyak berkorban masa dan tenaga. Kalau anak sakit, saya sanggup ambik cuti. Kalau isteri teringin kan sesuatu (cthnya durian musang king), saya terus start kereta dan terus mancari. Pendek kata, kepentingan saya, semua saya tolak tepi. Apa2 pun, saya bagi priority kat isteri.

Saya tinggalkan hobi saya (main muzik). Malah semua alatan muzik saya jual dengan harga timbang kati je. Saya stop lepak2 dgn kawan2 kat kedai mamak (walaupun sblm ni saya hanya lepak sebulan 2 kali je, kadang2 sekali..). saya terus beri perhatian kepada isteri saya.

Tiap2 hari lepas solat, saya berdoa supaya jodoh kami panjang sehingga ke syurga. Tapi, sejak kebelakangan ini, isteri saya menjadi terlalu sibuk dengan kerja. Balik kerja sampai larut malam. Mesej hntar pagi, petang baru respon. Jarang dapat spend time bersama kecuali weekend. Hubungan bersama pun kadang2 mcm agak hambar.

Saya faham dengan beban kerja nya. Maybe dia kepenatan. Saya juga tak nak pressure dia. Saya juga tak suspect apa2. Curiga memang jauh sekali. Kerana saya dah buang perasaan curiga tu jauh2 walaupun saya pernah dikhianati. Tapi, adakalanya saya jadi terlalu sensitif. Mudah sentap. Tapi, saya tak dpt nak luahkan. Jadi, apa yg saya buat, saya hanya pendamkan rasa.

Saya juga sekarang ni banyak mengalah dalam hal2 rumah tangga. Walaupun ada ketikanya, terang2 saya tidak bersalah. Saya malas nak gaduh2. Paling senang, terus membisu. Walaupun kadang2 jiwa ni meronta2. Kadang2 saya suka bercakap sendirian hanya untuk melepaskan segalanya.

Sebab saya takut, kalau saya luahkan, ianya akan membuatkan hati isteri saya tersinggung. Sebab skrg ni, isteri saya kalau disentuh sikit terus melenting. Mungkin kejadian di atas membuatkan kami menjadi terlalu sensitif.

Memang saya buntu sgt sekarang, harap ada masih sinar kebahagian antara saya dan isteri, harap sgt semua pembaca doakan saya agar dipermudahkan urusan saya bersemuka dgn isteri. Terima kasih..

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS