Nina Iskandar Bergelar Isteri Penolong Pengarah Lan Lebah April Lalu

Selepas empat bulan diijab kabul pelakon Nina Iskandar dan suami penolong pengarah Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah melangsungkan majlis resepsi pada Ahad.

Menurut kenyataan pihak pengurusannya MIG Metrowealth, pasangan itu berkahwin pada April lalu dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri kedua-dua pihak keluarga.

“Jadual penggambaran yang padat sehingga menyebabkan majlis resepsi ini diadakan pada bulan ini,” ujarnya wakil pengurusan.

Majlis tersebut berlangsung di Forest Valley Hall, Cheras yang dihadiri keluarga dan rakan-rakan artis seperti Amyra Rosli, Ayda Jebat dan Sissy Iman.

Nina Bersama paangannya, Azlan Adzanan.

Terdahulu, pelakon ini berkongsi beberapa keping foto kad undangan perkahwinan yang telah diagihkan kepada kenalan rapat di laman Instagram miliknya pada pagi Ahad.

Nina dikatakan mengenali lelaki berkenaan ketika terlibat dalam penggambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi yang diarahkan oleh Heykal Hanifah.

Pada Mac lalu, aktres berasal dari Brunei itu mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangga pengarah berkenaan.

Susulan itu, Nina mengadakan sebuah sidang media khas menafikan perkara berkenaan dan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak yang menyebarkan fitnah tersebut.

Lan sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang pramugari dan bercerai pada Februari lalu setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mstar