Pergi Kelas Konvokesyen, Naik Pentas Guna ‘Skateboard’. Pelajar OKU Ini Raih Anugerah Inspirasi

Kekurangan yang ada pada diri tidak semestinya satu kelemahan, sebaliknya ia mampu menjadi pendorong dan penguat semangat untuk tekad berjaya.

Buat pelajar kurang upaya (OKU) Kolej Cosmopoint, Fathurrahman Aiman Othman, telah membuktikan bahawa kecac4tan bukanlah satu penghalang untuknya meraih kejayaan.

Hasil usaha dan kecekalannya, Fathurrahman telah menjadi penerima Anugerah Inspirasi pada Majlis Konvokesyen ke-11 KLMU, yang berlangsung baru-baru ini.

Skateboard bantu pergerakan…

Berkongsi pengalaman ketika mengikuti pengajian sebagai pelajar OKU yang tidak mampu untuk berjalan, Fathurrahman berkata dia menggunakan papan luncur untuk memudahkan pergerakannya.

Malah, dia juga dianugerahkan rakan-rakan yang berhati mulia, sentiasa sudi memberi bantuan kepadanya dikala dia memerlukan.

“Saya pergi kelas semua menggunakan skateboard, kalau naik tangga saya akan merangkak dan ada rakan yang akan bantu saya bawa skateboard…”

Tak pernah rasa kecac4tan satu kekurangan

Buat penerima Anugerah Inspirasi, dia tidak pernah merasakan kecac4tan yang dialaminya adalah satu kekurangan yang menghalang pergerakan dirinya.

Malah, dia merasakan seperti insan normal yang lain kerana dia masih bebas untuk pergi kemana sahaja dan mampu mengejar cita-citanya.

Pesan arwah ibu sentiasa dalam ingatan

Tambahnya lagi, antara kunci kejayaannya adalah dia tidak pernah lupa akan pesan arwah ibunya, bahawa jangan pernah menganggap diri tidak boleh berjaya, kerana ada lagi orang lebih susah.

“Arwah ibu pesan, kau jangan pernah anggap diri kau tak boleh berjaya, kerana ada lagi orang yang lebih susah daripada kau…”

Setiap kekurangan ada keistimewaannya, semoga kisah saudara Fathurrahman ini menjadi inspirasi buat semua golongan OKU di luar sana untuk bangkit dan meraih kejayaan dalam apa bidang yang mereka ceburi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Utusan Online