“Tasbih kat tangan tak tinggal” Netizen Cair Lihat YDP Agong Pegang Tasbih Ketika Bantu M4ngsa Kemallangan

Alahai, sebab inilah rakyat makin lama makin sayaaaang dengan Yang di-Pertuan Agong kita yang baru ini.

Hari ini, viral di Instagram rasmi Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mencemar duli turun memeriksa keadaan pemandu kereta yang terlibat dalam kemal4ngan dekat Jalan Tuanku Abdul Halim. 

Dalam perjalanan menuju Muzium Diraja, sanggup turun kereta tanya khabar m4ngsa

Menurut pegawai istana, tuanku pada mulanya terlihat sebuah kereta Toyota Vios telah berl4nggar dengan pembahagi jalan di Jalan Tuanku Abdul Halim yang menghala ke highway berdekatan Jalan Duta.

Kenderaan rasmi baginda berserta pengawal beruniform tuanku kemudian berhenti seketika dan diikuti dengan tuanku sendiri turun dari kenderaannya untuk bertanyakan khabar m4ngsa yang berada di sana. 

Difahamkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga menaiki kenderaan tersebut bersama baginda, namun beliau tidak turun dan menunggu di dalam kereta.

Selepas memastikan keadaan mangsa selamat, tuanku kemudian kembali ke kereta yang menuju ke Muzium Diraja, lapor The Star.

“Perasan agong macam pegang tasbih… our king terbaik!” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut sangat tersentuh dengan tindakan baginda yang begitu prihatin dengan keadaan rakyat. Apa yang lagi menarik, ada netizen tu sempat lagi ternampak yang tangan Agong kita tak lepas dari pegang tasbih semasa turun memeriksa mangsa. Tajamnya mata korang! 

“Ni lah yang buat seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum sangat sayangkan Tuanku” 

Bangga ada YDP Agong yang baik macam ni….

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber:  Instagram istana_negara