Netizen Terkejut. Mat Salleh Sembang Slang British, Tiba Tiba Tukar Cakap Loghat Perak.

Jika sebelum ini heboh kisah mengenai Mat Dan, lelaki dari United Kingdom cukup fasih bercakap loghat Terengganu, dan kemudian wanita England, Rita Kalsom pula boleh bercakap loghat Pulau Pinang.

Terbaru, sebuah video telah mula tular di media sosial memaparkan seorang lelaki mat salleh yang wajah miripnya seperti pelakon Hollywood Jack Black, rupa-rupanya boleh bercakap bahasa Melayu dengan loghat Perak.

Pandai Jack Black cakap Perak komer!

Mendengar sahaja bahasa Perak keluar dari mulutnya memang membuatkan ramai yang terkejut, mana tidaknya di awal video tersebut lelaki itu berbahasa Inggeris dengan loghat British, siap buat-buat tak tahu cakap Melayu.

Ate pekat bebenor Peraknyer yob…

Walaupun masih belum lagi dapat dikenal pasti identiti sebenar lelaki mat salleh tersebut, namun rata-rata netizen terkesima dengan loghat pekat bahasa Peraknya.

Adoi muka macam Jack Black

Duduk Bota gamaknyer…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : mStar Online