Terpisah sejak kecil, gadis berjaya jumpa kakak guna kuasa viral di Twitter

Hubungan adik-beradik merupakan satu pertalian yang tidak boleh diputvskan sama sekali. Berkongsi darah dan rupa paras yang hampir serupa, sudah tentu adik-beradik adalah saudara yang paling rapat kerana lahir dari rahim ibu yang sama.

Namun begitu, tidak semua adik-beradik berpeluang untuk tinggal bersama sehingga dewasa. Atas beberapa faktor, perpisahan terpaksa juga berlaku dan masing-masing membawa haluan sendiri.

Gunakan kuasa viral

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang gadis telah memuat naik satu posting di Twitter dengan mencari adik-beradik kandungnya yang terpisah sejak kecil lagi. Dia juga sempat menyertakan wajah mereka sekeluarga ketika kecil sebagai rujukan.

Cari adik-beradik yang terpisah

Dia juga turut memberitahu nama adik-beradiknya bagi membantu memudahkan dia mengesan saudara kandungnya itu.

Usaha membuahkan hasil

Ternyata usaha yang dilakukan membuahkan hasil apabila salah seorang daripada kakaknya telah membalas status tersebut di Twitter.

Mereka juga telah membuat kumpulan WhatApps sesama mereka bagi memudahkan hubungan yang terpisah kembali terjalin semula.

Berpisah selepas ibu meninggal dunia

Salah seorang daripada kakak gadis yang mencari adik-beradiknya itu telah menjelaskan bahawa mereka berpisah selepas ibu mereka meninggal dunia ketika masih kanak-kanak.

Sebenarnya, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengesan adiknya itu namun belum membuahkan hasil sehinggakan  perkongsian di Twitter tempoh hari tular.

Semoga sebarkan benda yang positif

Berita baik itu telah mendapat maklum balas positif daripada netizen. Mereka tumpang gembira melihat hubungan adik-beradik yang terpisah tersebut kembali bersatu selepas sekian lama.

Nak nangis!

Benda paling best baca hari ini

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Elyna