Sanggup Redah Ribuan Kilometer Naik Basikal Nak Tunai Haji, Rakyat England Menangis Sampai Madinah

Umat Islam diseluruh dunia semestinya ingin menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah bagi menjalani ibadah Haji. Pebagai usaha dilakukan supaya dapat sampai ke sana dan dapat menjadi tetamu Allah S.W.T.

Lintas 17 buah negara

Menerusi satu perkongsian di Facebook IlmFeed Travel, sebuah video memperlihatkan sekumpulan penunggang basikal berpelukkan apabila dapat sampai ke Madinah dari England hanya dengan berbasikal.

Niat utamanya yang ingin menunaikan Haji terlaksana apabila kayuhan sejauh 4,400 kilometer dengan merentasi 17 buah negara berbaloi selepas sampai ke Tanah Suci.

Terlalu sebak

Video tular itu telah mendapat maklum balas yang pelbagai daripada netizen kerana begitu terharu melihat momen tersebut. Kumpulan penunggang basikal itu juga kelihatan sebak kerana tidak menyangka usaha mereka membuahkan hasil.

Alhamdulillah peroleh ganjaran yang besar

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen telah meninggalkan maklum balas di ruangan komen posting tersebut dengan mengucapkan syukur serta gembira melihat kejayaan penunggang basikal itu. Semoga mereka semua dipermudahkan segala urusan untuk melaksanakan ibadah haji.

Tahniah dengan setiap usaha

Semoga Allah menerima ibadah kalian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : IlmFeed Travel