‘Ini Bukan Caranya’ Bahan Remaja OKU, Instafamous Berangg Sikap Tidak Sensitif Wartawan

Kanak-kanak autisme memang diketahui mempunyai sifat serta kelakuan yang agak berbeza berbanding kanak-kanak normal yang lain. Kebiasaannya kanak-kanak ini mempunyai masalah pertuturan yang agak lambat dan juga bersikap lebih agresiif. Namun, mereka juga tetap mempunyai kelebihan tersendiri.

Baru-baru ini seorang Instafamous yang dikenali sebagai Norreen mengeccam tiindakan seorang wartawan hiburan yang melakukan aksi terjah terhadap seorang kanak-kanak autisme, Asif Suhaimi di tempat awam bagi menyanyakan beberapa soalan. Kritiikan Norreen itu diluahkan melalui laman Instagram miliknya.

Tak patut terjah budak autiisme macam tu

Menurut Norreen, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku. Katanya, cara yang digunakan wartawan itu tidak sesuai kerana kanak-kanak autiisme berbeza dengan kanak-kanak normal lain, malah ia mampu menimbulkan rasa takvt terhadap mereka.

Maaf saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Bukan saya sahaja rasa macam ni tapi saya kena bersuara juga dan mewakili keluarga-keluarga lain yang mempunyai anak-anak istimewa, autistik sepertif Asif.

Bukan ini caranya untuk berinteraksi dengan kanak-kanak autistik. Kamu bermain dengan perasaan mereka dan mungkin menakvtkan mereka dengan apa yang kamu buat.

Asif merupakan seorang remaja autiisme yang terkenal di media sosial apabila sering muncul dalam video bersama Youtuber Syahmi Sazli.

Macam mana boleh buat video macam ni

Menerusi video berdurasi 01.28 itu, Norreen kesal dan menganggap Asif sendiri tidak selesa dengan terjahan yang dibuat. Katanya anak autisme sebenarnya sangat sensitiif dengan orang baru lebih-lebih lagi yang tak pernah dikenali.

Tambahnya, ini bukan caranya untuk orang luar berinteraksi dengan mereka yang memiliki masalah autisme.

Kalau you nak borak dengan dia lebih-lebih lagi you orang baru, you tak boleh sergah. Mereka tidak boleh rasa terkejut, nervous dan juga takutt kalau tak mereka boleh bertindak secara agresiif.

Yes, memang setiap anak autisme itu berbeza ada yang boleh bercakap ada yang tak boleh tapi yang lagi aku tak faham macam mana pihak media boleh wakilkan seseorang untuk interview Asif dengan cara ini sama sekali.

Tegas Norreen, video ini sama sekali tidak kelakar untuk dibuat meskipun Asif pernah muncul dalam video Syahmi beberapa kali.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram Norreenjelah