Kakak DS Siti Nurhaliza Dedah Penipuan Pelanggan Di Restoran Ibunya

Penyanyi Siti Norsaida Tarudin mendedahkan seorang pelanggan yang telah meniipu di restoran ibunya, Café Mak Salmah.

Kakak kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu memberitahu pelanggan berkenaan telah membuat pesanan di restorannya menerusi aplikasi WhatsApp namun tidak membuat pembayaran selepas pesanannya siap dihantar.

“Assalamualaikum, untuk makluman semua, saya hanya nak bagitau ada juga manusia yang buat macam ini, order makanan dan tidak bayar.

“Kesian Mak Salmah. PERINGATAN- Hati-hati dengan penipuan ini. Sila check bank anda sebelum menghantar order mereka. #bukansekalidua @pdrmsia_official @cafe_maksalmah,” tulisnya.

Saida berkongsi perkara tersebut di akaun Insatgram miliknya.

Dek kerana ber4ng dengan pelanggan yang difahamkan telah beberapa kali melakukan perkara tersebut, Saida mendedahkan beberapa maklumat pelanggan tersebut untuk ditularkan.

Makanan dihalalkan

Pun begitu, Saida menghalalkan makanan yang tidak dibayar itu.

“Korang boleh check nombor telefon tu ternyata penipu anak beranak katanyalah. Kami halalkan makanan tu,” katanya.

Restoran milik ibu mereka, Siti Salmah Bachik itu telah dibuka awal tahun ini dan ia terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Astrogmpak