4 Foto Makeup Lawa. Tapi Video Tokti ‘Berucap’ Tiba2 Aafiyah Nangis Bikin Berdekah

Selain bergelar penyanyi hebat, Datuk Siti Nurhaliza juga merupakan usahawan kosmetik berjaya dengan jenama produknya SimplySiti yang sudah tidak asing lagi.

Hari ini sangat bermakna sekali buat saya…

Bagaimanapun, semalam merupakan hari bahagia selebriti ini yang juga selaku pengasas produk kecantikan tersebut yang mana dia telah melakukan majlis pelancaran SimplySiti di Indonesia.

Datuk Siti atau mesra dikenali Tokti ini juga meminta followers Instagram mendoakan perniagaannya akan terus berjaya di sana.

Cantik sangat!

Menerusi foto dirinya yang dimuat naik ini juga mendapat perhatian ramai kerana kecantikan wajah Datuk Siti kelihatan sangat meletop sehingga meraih lebih 85 ribu tanda suka.

Ibu sedang buat ucapan…

Namun, situasi melucukan juga dikongsikan Datuk Siti apabila dia memuat naik satu rakaman pendek yang mana dia mengatakan ketika sedang berucap menyebut pula nama anaknya secara tiba-tiba Siti Aafiyah mengeluarkan suara.

Rata-ratanya pula meninggalkan komen berseloroh terhadap gelagat Siti Aafiyah yang dianggap lucu ini di ruangan komen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Datuk Siti Nurhaliza