“Lutut lupa nak berus ke” Haneesya Hanee Dikeccam Kerana Lutut Berkerak

Lama pula tidak mendengar kisah mengenai bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee setelah mencetuskan kontroversi pada Januari lalu.

Terbaru, remaja berusia 19 tahun itu kembali menjadi perhatian apabila memuat naik sekeping gambar di laman Instagram miliknya.

Menurut Haneesya atau nama penuh Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan, dia meluahkan rasa tidak yakin terhadap lututnya yang kelihatan kurang cerah.

Bagaimanapun, pelakon drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek itu tidak kisah walaupun fizikal lututnya mendapat cemuhan atau kecaman orang ramai.

“Saya kurang keyakinan dengan lutut saya. Tapi saya hanya manusia biasa, walaupun kamu tengok saya kelihatan yakin dan sebagainya.

“Edit kena keccam, tak edit pun akan kena kecam. Jadi silakan,” katanya.

Setelah memberi peluang untuk mengecam, segelintir netizen tidak melepaskan peluang bagi meninggalkan kata-kata berunsur cacian terhadap selebriti baharu itu.

Betul ke tu kaki?

Itu la banyak minum…

Kena la yakin walaupun berkarat

Lupa nak berus kot?

Ingatkan pakai stokin sampai lutut

Namun rata-rata masih memuji kecantikan Haneesya dan meminta supaya dia mengabaikan sahaja ‘mulut puaka’ netizen yang sering menghina ciptaan Allah.

Sebab kau la aku jadi yakin!

Dah dia gelap, memang la hitam!

Kenapa cantik sangat ni?

Jadi diri sendiri je!

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Haneesya Hanee