Rakaman Budak Kecil Ini ‘Mengekek Ketawa’ Ketika Rambut Dipotong Buat Ramai Terhibur

Pengalaman ketika mahu memotong rambut anak kecil pastinya akan menjadi satu kenangan terindah dalam kehidupan. Ada yang menangis ketakutan tidak mahu rambutnya dipotong atau ada juga yang teruja mahu melakukannya.

Lain halnya dengan seorang kanak-kanak ini. Video gelagat anak kecil ini ketika rambutnya mahu dipotong menarik perhatian ramai.

Dalam paparan video berdurasi satu minit 13 saat itu kelihatan kanak-kanak itu sedang duduk di atas riba seorang wanita dewasa yang dipercayai ibunya.

Dari awal rakaman kanak-kanak itu sudah sedia ketawa mengekek-ngekek apabila seorang lagi wanita dewasa memotong rambutnya menggunakan mesin.

Bukan main seronok dia dapat potong rambut atau sebenarnya budak ini merasa geli. Gelagat budak ini juga menyebabkan wanita yang meriba dan memotong rambutnya itu turut ketawa.

Komen netizen.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat anak kecil ini dan meninggalkan komen seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Video Netizens