Tak Sopan Sungguh. Lelaki Terkejut Lihat Rakaman CCTV Remaja Perempuan Kencing Dalam Dobi Miliknya

Jika sebelum ini, kita sering dikejutkan dengan video atau gambar pelancong asiing dari negara China yang melepaskan ‘hajat kecil’ atau ‘hajat besar’ mereka sesuka hati di tempat awam di Malaysia.

Namun, apa yang berlaku di Melaka ini benar-benar memalukan

Gelinya kencing merata

VIDEO:

Menerusi perkongsian pengguna Facebook Matnasir Baba kepada group Geng Melaka Viral, seorang remaja perempuan dilihat secara suka hati membuang air kecil atas lantai di kedai dobi miliknya.

Perbuatan yang dirakam kamera litar tertutup dobi itu menunjukkan remaja perempuan sedang membuang air di sebelah kerusi di dalam dobi itu tanpa membasuhnya sama sekali.

Apa nak jadi dengan anak-anak sekarang? Terkinja dengan kawan. kemudian kencing atas lantai di kedai dobi saya.

Kalau kenal, beri pengajaran sikit pada mereka.

Jijiik sungguh perangai

Video berdurasi 01.26 saat itu telah mendapat hampir 500 perkongsian di Facebook sejak diviralkan kurang tempoh 24 jam.

Rata-rata netizen menganggap perbuatan itu sangat menjijikkan dan tidak dapat diterima langsung lebih-lebih lagi ia dilakukan oleh seorang remaja perempuan.

Hmm.. lain kali carilah mana-mana tandas awam kalau nak lepaskan hajat tu.  Kena ingat zaman sekarang ni kejap je semua benda boleh viral. Bila dah jadi macam ni, kan dah malu dekat diri sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Facebook Mat Nasir Baba Geng Melaka Viral