Mayatt Seorang Remaja Wanita Ditemui Di Lokasi Pencarian Nora Anne

PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai may4tt di kawasan pencarian Nora Anne Quoirin, 15, di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi wartawan Harian Metro mengesahkan penemuan may4tt itu pada 1.57 tengah hari ini.

“Kami menemui may44t wanita kulit putih. Bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan lagi identiti maytt itu.

“Lokasi penemuan mayat kira-kira dua kilometer dari lokasi Nora Anne dilaporkan hilang,” katanya.

Operasi bagi mengesan Nora Anne sehingga semalam membabitkan 353 anggota, pasukan SAR terbesar setakat ini.

Nora Anne disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, Seremban oleh keluarganya pada 8 pagi, 4 Ogos lalu.

Remaja orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masal4h pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.

Terdahulu, beberapa kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat masuk ke lokasi may4t itu ditemui.

Keluarga kepada remaja berkenaan turut dilihat masuk ke lokasi penemuan may4t berkenaan dengan menaiki kereta.

Sidang media berhubung penemuan itu akan diadakan petang ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Harian Metro