Nyawwa Tolak Tepi, Lelaki OKU Merangkak Selamatkan Anak Kucing

Kelainan upaya dari segi fizikal tidak menghalang niat murni seorang atlet paralimpik Sabah, Abu Fathiyyaturahma bagi menyelamatkan seekor anak kucing yang hampir terjatuh ke dalam longkang besar.

Menerusi laman Facebook, dia memuat naik video yang memaparkan dirinya merangkak turun ke bawah cerun untuk menyelamatkan anak kucing berkenaan yang berpaut pada dinding longkang berkenaan.

Video berdurasi dua minit itu dirakam oleh rakannya yang juga merupakan individu kelainan upaya kerana tidak dapat membantu akibat cerun yang terlalu curam.

“Pagi tadi (Sabtu) masa dalam perjalanan ke kompleks sukan Likas, kami ternampak sekor anak kucing yang terjatuh dalam longkang besar.
“Anak kucing itu sedang berpaut kuat di dinding longkang dengan basah kuyup entah sejak bila. Saya pun cuba naikkan kucing tu ke atas, alhamdulillah kami dapat bantu dia naik.

“Sahabat saya yang merakam video ni juga  seorang OKU pengguna kaki palsu, dia tidak boleh turun untuk selamatkan anak kucing tu, jadi saya buat keputusan untuk turun selamatkan,” 
tulisnya.

Posting berkenaan tular di Facebook dengan mendapat lebih 850 perkongsian serta dipuji netizen atas tindakan murni itu.

Semoga diberkati

Ni la orang penyayang! Terima kasih bro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Abu Fathiyyaturahma