Pasangan Warga Emas Ini Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-50, Mereka Disambut Bak Pengantin Baru

Cukup romantik dan unik sekali, baru-baru ini telah tular di media sosial mengenai pasangan suami isteri warga emas, menyambut ulang tahun perkahwinan mereka dengan mengenakan busana pengantin.

Bagaikan pengantin baru, foto ulang tahun perkahwinan yang ke-50 pasangan Haji Sani dan Hajah Mala yang dimuat naik oleh jurufoto, Cpin Aidil, telah menarik perhatian netizen.

Macam orang baru kahwin…

Walaupun sudah 50 tahun usia perkahwinan, namun lihat sahaja aksi romantis pasangan ini membuatkan mereka kelihatan seperti pengantin baru.

Dengan bertemakan majlis persandingan dengan dihadiri ramai tetamu, ini sekitar foto ulang tahun perkahwinan yang ke-50 pasangan merpati dua sejoli ini…

Kenangan terindah buat kali ke-2…

Bagaikan pengantin baru, rata-rata netizen teruja malah memuji pasangan ini serta keluarga mereka yang masih sporting menyambut ulang tahun perkahwinan yang boleh dikatakan sangat sweet.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Cpin Aidil