“Mak takde…” Lelaki ‘Dress Up’ Jadi Perempuan, Pinjam Rambut Palsu Jiran & Baju Nenek Rupa Rupanya Ini Sebab Dia

Baru-baru ni, seorang lelaki dah menyentuh hati ramai netizen lepas dia uploadgambar pakai rambut palsu, baju wanita dengan make up minimal di mukanya. Bukan sebab benda-benda tu netizen terharu, tapi sebab mengapa dia buat macam tu yang telah menimbulkan rasa sebak ramai orang.

Menurut Charan “Ran” Chamnuansok, dia jadi macam perempuan tu adalah demi anak-anaknya.

Difahamkan, sekolah anak-anaknya telah mengadakan sambutan Hari Ibu. Kalau dekat Thailand, Hari Ibu disambut pada 12 Ogos setiap tahun dan selalunya kebanyakan sekolah akan adakan sambutan macam tu sebagai tanda hormat kepada kaum ibu.

Ketika sambutan diadakan, anak-anak akan tunduk ke arah kaki ibu masing-masing dan menghadiahkan bunga melati segar kepada mereka.

Ran berpisah dengan isterinya 5 tahun lepas disebabkan masalah peribadi dan semenjak isterinya pergi, dia yang mengisi kekosongan tugasan seorang ibu kepada anak-anaknya. Sejak itu dia menjaga anaknya, Name,6, dan Ben-ten, 4, dengan penuh kasih sayang. Dialah ibu dan dia jugalah ayah.

Siapa ada rambut palsu untuk dipinjamkan kepada saya? Saya perlu jadi seorang ibu untuk anak-anak saya.”

Beberapa hari sebelum sambutan tu, Ran sempat tanya dekat rakan-rakan di Facebook sebab nak beri kejutan pada Name dan Ben-ten. Seorang jiran pinjamkan rambut palsu dan baju itu dia dapat daripada neneknya.

Ramai netizen terharu dan memberi kata-kata semangat padanya untuk menjadi dan terus curahkan kasih sayang pada kedua-dua anaknya itu.

Saya doakan kamu dan anak-anak sentiasa gembira. Kamu memang terbaik!”

Saya rasa gembira tengok anak-anak ini kerana mereka ada seorang bapa yang bagus yang sanggup buat apa saja.”

Anak-anak ini tak akan rasa kehilangan. Sekurang-kurangnya mereka tahu ada orang yang sanggup buat apa saja untuk mereka.”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Facebook