Parru-Parru Lelaki ‘Runtuh’ Gara-Gara ‘Tarik’ Lagu Tinggi Masa Karaoke

Kebanyakan orang pastinya sudah mempunyai pengalaman menyanyi karaoke sama ada di pusat-pusat hiburan ataupun di rumah sendiri. Aktiviti berbentuk hiburan ini jelas dapat menzahirkan rasa tenang dan gembira di dalam diri setiap orang. Namun begitu, anda tetap perlu berhati-hati ketika menyanyi kerana terdapat satu kejadian yang menyebabkan parru-parru seseorang ‘runtuh’ selepas menyanyikan beberapa lagu.

ecc86a41-fd30-463e-a9d5-23b0bd5fda55

Kejadian yang berlaku di China itu melibatkan seorang lelaki berusia 65 tahun terpaksa menerima rawatan setelah melakukan ‘maraton’ menyanyikan lagu. Menurutnya, dia merasakan kesakiitan pada bahagian dada selepas menyanyikan 10 lagu secara berturut-turut.

Saya sangat teruja dan selepas menyanyikan beberapa lagu dengan ‘notes’ yang tinggi, saya mendapati bahawa diri mengalami kesukaran bernafas.

Ketika itu, dia merasakan bahawa keadaan itu merupakan sesuatu yang luar biasa kerana tidak pernah gagal untuk menyanyikan lagu-lagu itu sebelumnya. Walau bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk mengabaikan ketidakselesaan tersebut dan ianya menjadi lebih parah selepas dia pulang ke rumah.

Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mendapati bahawa lelaki parru-parru lelaki berkenaan runtuh. Komplikasi itu adalah disebabkan tekanan parru-parru yang tinggi ketika lelaki berkenaan menyanyi menggunakan ‘notes’ yang tinggi.

Tambahnya lagi, kecederaan ini merupakan perkara biasa yang berlaku dalam kalangan lelaki terutamanya mereka yang telah mencapai usia pertengahan umur ataupun lebih tua. Namun, ianya tidak boleh dipandang remeh oleh semua orang kerana keceder4an ini terbukti boleh menganc4m ny4wwa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: SCMP