“Saya diamkan takut mata saya saja yang nampak tapi…” Umie Aida Nampak Kalimah Allah Di Langit

Pelakon Datin Seri Umie Aida teruja apabila dapat menyaksikan kebesaran Allah di Tanah Suci Makkah semasa mengerjakan ibadah haji.

Umie berkata, dia tidak menyangka video memaparkan keadaan langit pada waktu Maghrib di Masjidil Haram memperlihatkan awan membentuk kalimah Allah.

“Masya-Allah, video saya ambil semalam masa Maghrib… saya nampak kalimah Allah di langit.

“Masya-Allah, saya diamkan saja, takut mata saya saja nampak. Tapi bila saya post… ada yang nampak kalimah Allah.

“Saya nak berkongsi untuk anda semua kekuasaan Allah SWT,” katanya.

Perkongsian Umie Aida di Instastory miliknya.

Menerusi Instastory, pelakon filem Dukun ini berkongsi rakaman tiga video memaparkan keadaan langit berserta laungan azan Maghrib.

Umie kini berada di Tanah Suci Makkah menunaikan ibadah haji buat pertama kali ditemani suaminya iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Dalam muat naik yang lain pula, Umie turut meluahkan rasa syukur kerana suaminya tidak mempunyai banyak kerenah sepanjang berada di Mina.

“Masya-Allah.. Suamiku tak banyak songeh masa di Mina. Padanya kita utamakan jemaah yang berumur untuk tidur dengan selesa dan saya bagi suami tidur atas sofa di luar bilik.. Saya tidur atas tikar.

“Alhamdulillah dapat lelapkan mata 2 jam dah bersyukur.. Sementara menunggu waktu untuk melontar.

“Kenikmatan cuaca yang Allah beri tak mampu kita bayar dengan wang ringgit, syukur dapat menumpang rezeki… doa jemaah yang Allah makbulkan, Allah permudahkan segalanya,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mstar