“Biarlah Saya Nikmati Kehidupan Solo Ini,” Uyaina Tak Bercinta Dengan Ridho Rhoma

Hos dan pelakon, Uyaina Arshad menafikan dakwaan yang kononnya, dia kini sedang jalin cinta dengan penyanyi Indonesia, Ridho Rhoma.

Sebaliknya, bintang cantik ini hanya menganggap anak kepada penyanyi dangdut  terkenal, Rhoma Irama itu tidak lebih sebagai rakan sesama artis semata.

“Sejak saya dan Ridho ‘dikenen-kenen’ oleh pengacara dan juri dalam program Dangdut Academy Asia 4 (DAA4) yang bersiaran secara langsung tahun lalu, banyak pihak mula gosipkan kami mempunyai hubungan istimewa.

“Malah, sehingga kini peminat di Indonesia masih cuba mendekatkan saya dan Ridho untuk bersama apabila menerima banyak mesej peribadi yang menghantar gambar kolaj saya dan Ridho.

“Padahal saya dan Ridho cuma bertemu di panggung DAA4 sahaja. Tidak berhubungan sama sekali,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Yang pasti, bintang Curi-Curi Cinta ini lebih gemar untuk beri fokus dalam seni terlebih dahulu sebelum terburu-buru dalam hal berkaitan jodoh.

“Fokus saya sekarang adalah untuk membina nama di Malaysia dan Indonesia. Saya nak fokus dengan kerjaya sebagai pengacara dan pelakon dulu.

“Lagipun saya tak nak terburu-buru dalam hal percintaan. Biarlah saya menikmati kehidupan solo ini. Kalau ada jodoh, adalah nanti,” jelas Uyaina jujur.

Sebelum ini, bintang berhijab itu dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan lelaki berkenaan apabila ramai peminat turut gemar andai keduanya disatukan sebagai pasangan kekasih.

Ia gara-gara keseradian mereka di atas pentas DAA4 dan rakaman terbabit yang disiarkan di YouTube kini mencecah lebih empat juta tontonan setakat ini.

Dalam perkembangan lainnya, Uyaina sekali lagi akan ke Jakarta, Indonesia pada 29 Ogos depan bagi mengacarakan dua program realiti iaitu Golden Memories Asia dan DAA5

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Instagram Ridho Rhoma, Uyaina