“Ramai Yang Suka Saya Pakai Tudung Bawal Yek” DS Siti Nurhaliza

Selepas ramai yang memberi pujian terhadap penampilan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nirhaliza yang menggayakan tudung bawal bersempena dengan sambutan  Hari Raya Haji semalam, hari ini figura jelita ini sekali lagi ‘belanja’ fotonya yang mengenakan tudung hampir sama, tapi dalam rona berbeza.

Sinonim dengan stail ringkas tetapi masih memukau pandangan, perkongsian terkininya menerusi Instagram itu tetap menerima reaksi positif para peminat.

“Raya Haji hari ke 2 saya pulang ke Kampung untuk ibadah korban. Ramai yang suka saya pakai tudung bawal yek?

“Baikla, harini saya gayakan tudung bawal dari @galeriariani. Banyak pilihan warna,” tulis bintang digelar Tok Ti ini.

Malah, penyanyi Anta Permana ini juga sempat ‘berootd’ bersama persalinan motif flora yang dipakainya hari ini.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan peminat mengakui lebih gemar melihat penampilannya yang sedemikian kerana tampak jauh lebih muda dari usia sebenar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza via MH