Tetap Anggun Di Usia 54 Tahun, Kejelitaan Mazuin Hamzah Dikagumi Salwa Abd Rahman

Walaupun sudah lama meninggalkan persada seni tanah air tetapi sebutir bintang yang bernama Mazuin Hamzah ini tetap meniti di bibir peminatnya. Kejelitaan penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinary M ini di zaman kegemilangannya menjadi bualan ramai.

Persahabatan di antara Mazuin Hamzah yang kini berusia 54 tahun dan penyanyi Salwa Abd Rahman bukan suatu perkara baharu. Sahabat baik ini sudah mula kenal sejak mereka bergiat aktif di pentas Mekar Sejambak, program terbitan RTM yang popular suatu ketika dahulu.

Walaupun jarak memisahkan hubungan persahabatan Mazuin Hamzah dan Salwa namun bukan bermakna kedua-dua penyanyi jelita ini terputvs hubungan.

Ketika ditanya bagaimana hubungan baik mereka berkekalan sehingga kini, jawab Salwa:

“Kami masih berhubung. Kami berdua selalu jumpa bila saya ada undangan persembahan Diraja Brunei. Mazuin ada bersama anak-anaknya,” tutur Salwa yang kini berusia 53 tahun serta sering mendapat undangan nyanyian oleh keluarga Diraja Brunei.

Hubungan baik di antara sahabat sama juga seperti bercinta. Tentu ada ‘spark‘ yang membuatkan best friend forever ini boleh kekal sehingga puluhan tahun. “Mazuin merupakan idola saya”

Saya suka dengan kecantiikan dan aura yang ada pada Mazuin. Cara dia berpakaian, pergaulan dan sifatnya yang lemah Iembut. Peminat akhirnya menjadi kawan,” jelas Salwa bila ditanya tentang keistimewaan hubungan mereka berdua.

Kalau dah nama sahabat mesti banyak perkara yang diketahui oleh Salwa tentang Mazuin Hamzah. Cuba mengorek petua awwet mvda Mazuin Hamzah melalui sahabat baiknya, Salwa, “Mazuin ni susah sikit. Dia bukan jenis yang suka bercerita. Dia sangat privacy!

Tapi saya tahu dia selalu exercise. Ada hari dia makan pulun habis, dalam seminggu. Ada hari dia swimming, badminton dan aktiviti lasak juga. Nampak je lembut tapi hati cekal. Semua demi anak-anak,”

ungkap isteri kepada mantan pemain bola sepak negara, Subadron Abdul Aziz ini.

Menurut Salwa, Mazuin bahagia di samping tiga orang cahayamatanya. Beliau memiliki dua puteri dan seorang putera. Yang Amat Mulia Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raafiah Amalul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Khaaliq.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Nona via Koleksi Salwa Abd Rahman