“Ayah Sentiasa Pesan Belajar Rajin-Rajin,” Al Fatihah…Abe Jali Salam Pantai Timur Kembali Ke Rahmatullah…

Pelakon dan pelawak asal Kelantan yang sinonim menerusi sitkom Salam Pantai Timur, Abe Jali dilaporkan sudah meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, awal pagi semalam.

Abe Jali atau nama sebenarnya, Mohd Idris Berahim, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4.00 pagi pada usia 58 tahun.

Memetik laporan Berita Harian, Abe Jali sebelum ini telah dimasukkan ke hospital Jumaat lalu selepas diserang angin ahmar buat kali kedua.

Sementara itu, anak Allahyarham, Nur Atiqah Idris, 23, memberitahu, dia berada di Melaka ketika dimaklumkan bapanya sudah meninggal dunia oleh ahli keluarga.

Atiqah kini sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

“Sepatutnya tiga hari lagi saya pulang ke kampung kerana sedang menduduki peperiksaan akhir semester ketika ini.

“Setiap kali pulang, ayah sentiasa pesan supaya saya belajar rajin-rajin dan kali terakhir jumpa ayah ketika Aidilfitri lalu,” katanya seperti yang dipetik, hari ini.

Mek Som Berahim iaitu kakak sulung kepada  arwah juga memberitahu, Allahyarham adiknya itu kelihatan lemah ketika dia hadir melawat, menyebabkan keluarga mengambil keputusan untuk membawanya ke hospital.

“Ketika mahu menyuap dia makan, dia bercakap pun sudah tidak jelas, badan pun nampak tidak bermaya jadi kami bawa ke hospital.

“Tengah malam tadi, arwah lelah sebelum kami memanggil doktor dan sahkan dia meninggal dunia di dalam wad Bendahara,” ujar wanita berusia 64 tahun itu.

Arwah Abe Jali berada dalam keadaan uzur selepas diserang angin ahmar selain menghidap turut menghidap kencing manis sehingga kaki kanannya dipotong hingga paras lutut Julai tahun lalu, seperti yang dilapor media.

Arwah yang pernah terlibat dalam program Salam Pantai Timur sekitar tahun 2007 turur bergiat aktif sebagai pengacara majlis dan persembahan dikir barat.

Allahyarham meninggalkan dua anak hasil perkahwinan pertama iaitu Nur Atiqah dan adiknya, Nurul Asyikin, 17. Al fatihah dan salam takziah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Foto/Sumber: Astro Awani, Berita Harian