Hati Intan Najuwa Telah Dimiliki. Ini Jejaka Pilihan Yang Menjadi Tunangannya Dalam Diam

Nama Intan Najuwa mula disebut-sebut di bibir peminat disebabkan memegang watak utama dalam drama Tuan Danial. Tapi adakah anda kenal siapa Intan Najuwa ni?

Sedikit latar belakang, nama sebenarnya ialah Intan Najuwa binti Abdul Wahid, dilahirkan pada 18 Ogos 1997. Intan mula dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Abby dalam drama Hantu Punya Bos, sebagai Sharina dalam Khabar Dari Casablanca, dan juga sebagai Hanan Khaira dalam Kekasih Paksa Rela gandingan bersama Remy Ishak.

Selain itu, Intan Najuwa ini juga merupakan seorang penulis blog. Dengan berbekalkan wajah seiras Wawa Zainal dan Erin Malek , Intan Najuwa memulakan kerjaya lakonan pada usia 18 tahun setelah diperkenalkan oleh David Teo.

Terbaru, menajadi perhatian netizen apabila pelakon kecil molek ini telah berkongsikan beberapa gambar serta video majlis pertunangannya menerusi instagram story. Namun sehingga kini dia masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan majlis tersebut.

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat Intan Najuwa dan pasangan mengenakan busana berwarna ungu sebagai padanan. Hanya ahli keluarga terdekat serta sahabat handai yang hadir dalam memeriahkan majlis pertunangan yang diadakan ini.

Majlis pertunangan Intan Najuwa ini kelihatan sangat meriah dan mewah walaupun diadakan secara kecilan. Dengan kehadiran rakan rapat sebagai pengapit mewarnai lagi suasana tersebut. Antara rakan artis yang hadir adalah Fatin Afeefa, Puteri Aishah dan juga Ain Edruce yang mana turut serta sebagai pengapit Intan Najuwa ini.

Semoga dengan ikatan yang didirikan ini bertambah erat dan memudahkan perjalanan Intan Najuwa dan pasangan untuk membina masjid kelak. Doakan semoga kebahagiaan mereka kekal sehingga ke jinjang pelamin dan anak cucu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram Intan Najuwa