Kongsi Video Menangis Kerana Sukar Bernafas, Diana Danielle Mahu Buktikan ’Anxiety Attack’ Itu Wujud

Pelakon Datin Diana Danielle tidak dapat menahan sedihnya apabila berdepan masalah serangan kebimbangan dan keresahan.

Menerusi laman sosial Instagram, Diana berkongsi sebuah video IGTV dirinya menangis teresak-esak akibat mengalami masalah sukar bernafas.

Menurut Diana, serangan keresahan bukan suatu perkara yang boleh dibuat main.

“Keresahan ini bermain dengan emosi anda. Dan sekarang saya letih.

“Tidak dapat bernafas selama beberapa hari ini membuatkan saya rasa takut. Dada saya sakit kerana terlalu terbeban untuk bernafas”, ujarnya menerusi ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

Those who have it can relate. I dont care how my hair or face or clothes look like right now — this is the raw truth that many people have tried to deny themselves of, family members saying “it’s not real, chill” or you yourself saying “i dont know why, am i weak? Am i just mengada?” No dear — your mind, your body, your everything will just sweat, shake, hyperventilate, heart racing at random times and for no reason and you feel helpless. You think – hm, maybe if i have enough sleep i’d be better. Maybe if i have enough food i’d be better. But this thing is unpredictable. It plays with your emotions, and right now im tired. See I dont cry. I dont. Only when it hurts to my core. But not being able to breathe for so many days is so scary and is sooooo frustrating. My chest hurts from overextending the breathing. I would never dream of making a video crying like a baby and show it to the world. But it’s important to speak about mental health that affects so many others. I share because in malaysia this is not shared, people go thru it in silence, don’t be shy to seek help from a professional, an ustaz who is experienced and who can share steps to manage the overwhelming experience — some have suffered for 10-20 years in silence and it’s not fair. So ill be open and try some solutions given by so many good hearted people. Just know that panic attacks can turn to anxiety attacks which can also turn into other forms of mental instabilities so find your channel, your solution and spread your way of getting better. Maybe someone going through it now will be able to see the light at the end of the tunnel.

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on Aug 18, 2019 at 2:10am PDT

Malah menurut Diana lagi, dia menangis bukan mahu menunjukkan sisi lemahnya tetapi untuk membuktikan pada dunia bahawa serangan keresahan sememangnya wujud.

“Saya berkongsi kerana di Malaysia, ia tidak banyak didedahkan dan ini tidak adil.

“Saya akan bersikap terbuka dan akan mencuba pelbagai solusi yang anda semua cadangkan,” jelasnya dengan positif.

Menerusi ruangan komen, ada seorang doktor yang tampil memberikan nasihat perubatan.

Menurut pegawai perubatan yang dikenali sebagai Dr Man, beliau meminta Diana untuk tidak memaksa pernafasannya.

“Alih fokus Diana pada sesuatu perkara yang awak suka, nanti slowly dia akan hilang. Perkara ini berpunca daripada otak kita dikawal oleh minda separa sedar.

“Jangan tonton filem seram dan jangan sertai sebarang aktiviti yang mengejutkan. Diana kena sibukkan diri dan fokus pada perkara lain,” nasihat beliau lagi.

Diana turut berterima kasih kepada semua sokongan dan doa yang diterima daripada rakan-rakan selebriti serta netizen.

Video berdurasi hampir tiga minit itu sehingga kini telah menerima hampir 400,000 tontonan.

Pada Sabtu, Diana sempat memuat naik sekeping foto dan sepotong video dirinya menggunakan alat nebuliser untuk masalah pernafasan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: instagram @dianadanielleb