“Yes Alisha.. Pinky lips for dada” Alif Satar Pasrah Disolek Anak Sendiri

Kata orang tua, anak perempuan biasanya lebih rapat dengan bapa, anak lelaki pula rapat dengan ibu. Betul ke korang?

Tapi bagi admin, mungkin ada benarnya. Yelah kalau korang perhatikan gelagat artis versatil, Alif Satar dan anak-anak perempuan dia, memang korang akan setuju dengan kenyataan tu.

Terbaharu, Alif sanggup menjadikan wajahnya sebagai kanvas bagi membolehkan anak-anak perempuannya berkarya.

Perkara itu dikongsi Alif menerusi sebuah video di laman dimana gelagatnya dirakam bersama dua anak perempuannya.

Rata-rata netizen menyifatkan Alif merupakan bapa yang penyayang kerana sanggup melayan permintaan anaknya untuk disolek.

Selain itu beberapa rakan artis turut bergurau untuk mendapatkan khidmat solekan anaknya dan sanggup membayar khidmat dua kanak-kanak perempuan itu. Comel kan diorang ni..Hiks!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: instagram @alifsatar