“Jangan Menghukvm Dia Macam Kita Ni Ahli Syurga” Resp0n Isteri Mark Adam Terhadap Netizen.

Isteri kepada penyanyi dan pelawak Mark Adam, Norazah Redzuan atau lebih mesra disapa Ezan berang dengan sikap segelintir individu yang suka menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan orang lain.

Menurut Ezan, Mark menerima komen m@kian daripada netizen di Instagram (IG) miliknya walaupun sudah mengaku salah.

“Kita semua ni jadi manusia jangan asyik suka sangat nak menghvkum orang.

“Bila dia salah, yes! Dia salah dan dia dah mengaku pun.

“Tapi jangan menghvkum dia macam kita ni ahli syurga yang tak pernah buat d0sa.

“M@ki hamun dia semua. Cakap orang Malaysia ni penuh dengan budi bahasa?

“Apa bahasa yang korang guna untuk comment dekat dia.

“Ye betul dia salah, ada silap dia, yang kita semua ni tahu ke silap kita?” luahnya menerusi Instagram Stories.

Tambah Ezan dia berkata sebaiknya masing-masing menjaga hal diri sendiri.

“Lebih baik kita semua ni focus pada diri sendiri sebelum jatuhkan hvkum pada orang lain.

“Tidak salah nak tegur salah seseorang itu, tapi jangan sampai kita berl@gak yang kita ni tak pernah buat salah.

“Membuat kesalahan itu sesuatu yang biasa tapi mengakui kesalahan dan memohon kemaafan itu sesuatu yang luar biasa dan tidak semua orang berani melakukannya,” tulisnya lagi.

Di samping itu, pengacara Sherry Al Hadad mendedahkan sudah memaafkan keterlanjuran Mark di ruangan komen Instagram TV.

“Assalamualaikum semua. Mark dah telefon saya dan minta maaf secara personal.

“Dia, saya hanya manusia biasa, tak lari dari kesilapan. Maafkan dia kawan-kawan,” tulisnya.

Terdahulu, Mark menerima kec@man daripada netizen selepas bertindak mempers3ndakan fizikal Sherry ketika konsert Big Stage 2 pada malam Ahad.

Pada konsert minggu pertama, Mark Adam diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Catatan Terakhir