Lumpuh tak halang pasangan ‘gamers’ PUBG untuk disatukan

Bertemu jodoh merupakan salah satu rezeki yang tidak diduga datang daripada Maha Pencipta. Tidak kira bagaimana sekalipun cara pertemuan dan juga rupa paras seseorang, jika telah ditetapkan itu jodohnya, tiada siapa dapat meghalang.

Tak kisah isteri lumpuh

Begitulah yang berlaku terhadap pasangan pengantin baru iaitu Siti Aisyah Zaid, 22 dengan pasangannya Amirul Syahmi Mohd Yazid, 25. Hal ini kerana Siti Aisyah merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang lumpuh kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2017.

Kenal  sebab PUBG

Namun begitu, sang suami tetap ikhlas menerimanya dan menjadikan gadis itu sebagai suri dalam hidup. Lebih menarik, perkenalan mereka dikatakan bermula dalam permainan video secara online iaitu PUBG.

Gambar-gambar perkahwinan mereka telah tular sejak semalam kerana warganet begitu teruja apabila megetahui kisah perkenalan mereka.

Tahniah buat pengantin

Sehubungan dengan itu, menerusi Facebook sumber, rata-rata teman dan rakan Facebook pasangan ini telah menzahirkan ucapan tahniah diatas perkahwinan tersebut. Semoga ikatan yang terbina kekal sehingga ke hujung hayat.

Cinta PUBG memang wujud!

Semoga cepat dapat baby

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Syahmi YazidAishah Zaid