“Tapi Dia Pula Nangis” Tindakan Peminat, Buat Zizan Razak Terharu

Selebriti serba boleh, Zizan Razak mengakui terkejut dengan reaksi yang ditunjukkan oleh seorang peminat apabila mendapat sepotong video daripada dirinya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zizan berkongsi sepotong video yang menunjukkan reaksi pemunatnya itu.

“Assalamualaikum. Harini Zizan nak share berita gembira. Ni sorang peminat Zizan nangis pula bila Zizan send video ucap terima kasih kat dia kerana beli baju Rnab.

“Tapi dia pula nangis. Alhamdulillah saya amat bersyukur kerana memiliki peminat yang sentiasa menyokong saya dengan begitu tegar Alhamdulillah.

“Semua ini rezeki Allah. Terharu bila saya lihat video ini. Zizan ucapkan terima kasih pada semua peminat-peminat Zizan,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengusik Zizan supaya menjadikan peminatnya itu sebagai kekasih.

“@zyl018: Boys kalau dah dapat gadis macam ni jangan sesekali sia-siakan tau.”

“@farizal_shukri: Ambik buat bini la Zizan. Lawa tuuuu. Ko tak nak aku rembat haha…”

“@booooootak: Peminat setia. One day jadi peneman setia. Tunggu apa lagi.”

“@mir_hakimin17: Hahahaha. Kemah zizann. Sek kiter!”

“@ztf_official: Aloooooo she’s soooo cuteeee. Hopefully one day she can meet you! She must be happier kan? Hehehe.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Instagram @zizanrazak869