Tujuh tahun semai bakti, wartawan Izwan Mohd Isa sedih syarikat akhbar ditutup

Sejak semalam, pengumuman mengenai ura-ura akhbar tertua di Malaysia iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo! akan diberhentikan pengeluarannya pada Rabu ini telah mengejutkan ramai pihak.

3 bulan tiada gaji

Hal ini berikutan masalah kewangan yang meruncing apabila hampir 3 bulan staf-staf yang berkhimat di syarikat akhbar tersebut tidak dibayar gaji.

Sudah pasti para pekerja yang berkhidmat di Utusan Malaysia dan Kosmo! begitu terkesan dengan hal tersebut memandangkan terpaksa diberhentikan kerana penutupan syarikat itu.

Menerusi satu coretan di Twitter salah seorang wartawan akhbar Kosmo! yang dikenali sebagai Izwan Mohd. Isa, dia telah menceritakan serba sedikit mengenai kenangan dan proses pembelajarannya sepanjang tujuh tahun berada di syarikat itu.

Namun begitu, Izwan telah menegaskan bahawa dia langsung tidak menyesal apabila berpeluang bekerja di syarikat akhbar itu.

Mengucapkan terima kasih

Dia turut mengakui bahawa rezeki Allah itu pasti ada dan mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang terus menyokongnya.

Sehubungan dengan itu, Twitter milik wartawan Kosmo! ini telah menerima kata-kata semangat daripada warganet yang memintanya agar terus berusaha dan mendoakan agar Izwan terus mendapat kejayaan diluar sana

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Izwan Mohd. Isa